Monday, April 25, 2011

pesta buku di PWTC...syiokkk tahap x ingat punyer...!!!!

as salam kawan2 semua..
haha..tengah pukul 2 pagi ni..boleh pulak hati ak tergerak nak update blog...
semenjak da buat feedjit ni..*boleh tengok kat bahagian tepi ni..*
semakin rasa nak update blog je tiap2 hari..tapi memandangkan ak ni sangat la 'rajinnya' nak update..so...paham2 je la..haha

ok la,,back to the title..bookfair yang ak, cik raja n cik zema pergi tu..memang best giler..
ramai orang tahap gaban punye la..haha..
ramai yang tertanya-tanya an,,,camne la nak pergi kat bookfair tu??
so kalau macam ak..ak bertolak dari UM..so naik lrt dari stesen U terus ke MJ (Masjid Jamek)..lepas tu naik star terus ke PWTC..da sampai sana jalan kaki n lintas jalan..ley nampak da bangunan PWTC tu...
dulu, ak pernah la jugak pergi bookfair ni masa lepas da habis matrik..
bertolak dari seremban, naik komuter sampai putra..lepas tu jalan kaki ke bangunan tu..
tak la susah sangat jalannya..*haha..ak n kawan2 ak ikut je orang ramai yang lalu-lalang tu..hihi*

masa da sampai tu..memang ramai giler orang..sampai nak masuk pun susah..memang sesak sangat2..ye la semua rakyat malaysia dari seluruh negeri datang kot..maunye tak ramai...haha
ak sempat la round 1 bangunan pwtc tu..n secara kebetulannya,,tun dr. mahathir pun ade jugak time tu.. tak sangka ak..dapat ambil pict. beliau dari jauh pun kira untung la..haha
naik dari 1 tingkat ke tingkat yang lain..round n cuci2 mata tengok buku2 yang pelbagai jenis..cuci2 mata jugak tengok mamat2 yang hensem..*haha,,,xkira la mamat yang dok promote buku ke,,orang ramai ke..mate ak ni nak je tengok..hahah..dalam mase yang same ade gak lelaki2 dari majalah maskulin ni tengah dok promote diri..so ak pun xlepas peluang la nak tengok..haha*

ak pun sempat la beli 1 mathurat n 1 novel..*bajet xcukup an..tapi takpela..tiap2 tahun ade an..tahun depan boleh pergi lagi..haha..*
ok la..ni antara pict2. yang ak sempat ambik masa pergi kat sana...










































































































till then..=)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, April 20, 2011

kelebihan & kekurangan orang yang lahir dalam bulan MAC..!!!

assalamualaikum sume...hari ni ak nak kongsikan sikit ape yang ak dapat info pasal orang2 yang lahir dalam bulan mac ni...*bukan patung orang2 kat sawah padi tu,,ni manusia au..hahaha..=p *


Bulan Kelahiran kamu adalah pada MAC!


>> Berpesonaliti menarik dan menawan. <<

>> Mudah didampingi. <<

>> Sangat pemalu dan pemendam rasa. <<

>> Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. <<

>> Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. <<

>> Suka pada kedamaian. <<

>> Sangat peka pada orang lain. <<

>> Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. <<

>> Tidak cepat marah dan sangat amanah. <<

>> Tahu membalas dan mengenang budi. <<

>> Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. <<

>> Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. <<

>> Suka berangan-angan. <<

>> Suka melancong. <<

>> Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.<<

>> Kelam kabut dalam memilih pasangan. <<

>> Suka dengan hiasan rumahtangga. <<

>>Punya bakat seni dalam bidang muzik. <<

>> Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. <<

>> Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan <<

sumber : dr hj fadzilah kamsah


haha..inilah serba sedikit yang ak dapatkan kongsikan untuk sape2 yang lahir dalam bulan mac ni...klau x kene banyak pun kat diri tu,,sikit pun mesti ade kan..hihi..untuk bulan lain bolehla try aplikasi ni kat facebook ye *da ak lahir dalam bulan mac,,mestila entry kali ni pasal bulan mac je..hahah..*..
tp link dy xigt la plak an..hihi..



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, April 17, 2011

JANGAN BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA.....

assalamualaikum sume...ape khabar anda sume??? harap2 sihat sejahtera slalu...=)
tadi,,mase ak tengah relaxkan otak ak ni kejap...ak ade la terbace 1 artikel ni kat fb Azizi Mumaz...ak nampak la ade kawan2 ak yang post bende ni...so tajuk macam best je kan..so ak pun terbaca la,,,jadi kalau da terbaca tu maka teringat la,,,lepas tu tersedih la plak...* bape banyak 'ter' la...haha*
mesti pelik kan ak sedih sebab ape??? so kena la bace entry kali ni sampai abis...=)


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

                  siyesly...bile ak terbace bende ni,,,mesti teringat kat dy..walaupun ak n dia still kawan cam bese,,,tapi kenangan tu still xley n susah nak dilupekan...*tibe2 ayat pun jadi jiwang semacam la kan...hahahah*    n...kebanyakan ayat yang ade ni...betul2 penah terjadi!!!!



till then,,,,,=)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Monday, April 11, 2011

down~~

assalamualaikum semua..
tiba2 terniat pulak kat hati ak ni nak update blog...*giler jarang kot ak update blog..*
ak rasa macam ada je tak kena kat diri ak ni,..
makin hari makin malas..asyik lepak je..
padahal exam nak dekat da kot..



niat dalam hati nak up kan pointer,,tapi entahla...*hati ak ase x tenteram n malas..*
bila tengok kawan2 ak yang lain semua duk pulun study..
ak still je relax camni..*ak kene ubah sikap ak ni..*
jangan nak relax sangat la..
bila pointer da jatuh baru nak gelabah...
da la nota pun kelam kabut...

esok ak nak puasa...nk terang kan hati ak yang da gelap ni...
Ya Allah...bantu la hamba mu ini.!!!
ak tau ak ni tak baik..tapi...insyaAllah setiap usaha mesti membuahkan hasil..
ak kena yakin!!! *da..xmo sedih2 sebab bende yang xde kaitan...fokus itu yang penting...!!!..*




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers