Saturday, July 30, 2011

Yeay! Da nak puasa!

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian..
Alhamdulillah hari Isnin ni da nak start puasa da.. * excited je lebih,,hihi..*
Tak sabar nak dengar announcement dekat tv.. yang hari Isnin ni puasa..

Rasa macam lain sikit la puasa tahun ni.. macam meriah sangat la plak..
Ramai orang-orang jauh balik kampung.. nak sambut 1st Ramadan dengan family kat kampung la katakan..
Jiran-jiran pun sibuk je bakar lemang..* macam da nak dekat raya la plak..hehe..*

Nasib baik sekarang ni universiti da selaraskan cuti  * 4 bulan kot.. lame tu..hoho..*
Dapat la cik dayah merasa puasa kat rumah..hehe..
Dapat sahur & buka puasa dengan family + makan makanan2 yang best..hihi. * puasa tak lagi, da fikir pasal buka puasa la plak.* 





Selamat berpuasa kawan-kawan.. ^_^
- pak cik Google bagi.. -


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, July 27, 2011

Abah da tetapkan jodohku?

Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian.. ^_^
Haha.. tajuk macam hape je.. =p

Petang tadi, parent cik dayah berdiskusi la sikit pasal orang kahwin ni.. * ye la sekarang ni kan boleh dikatakan memang tengah 'hot' musim kahwin ni..hehe..*
Dan tidak semena-mena.. * cehwah! haha..* abah cik dayah terus cakap calon menantu pilihan dia..
Tetibe cik dayah rasa cuak + malu.. hehe.. * tapi dapat control dengan buat muka innocent..haha..*
Abah cik dayah da ada calon ke untuk cik dayah ni..?
Biar betul abah cik dayah ni.. * cakap dalam hati je la..hehe..*

"Abah nak akak cari lelaki kalau boleh belajar kat U jugak.. & ada kerja tetap.. Jangan nanti laki makan hasil bini plak! "

Tu dia, abah da cakap macam tu.. so cik dayah diam je la..
Nanti kalau jawab nanti, meleret-leret pulak hal ni..hehe..
Tiba-tiba emak cik dayah pulak cakap.. tapi kalau da jodoh tu.. nak buat camne an.. * sporting gak emak cik dayah ni..hihi..*



status pun camni bila ramai kawan-kawan da berpunya.. =P




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, July 26, 2011

Segmen : Mari Cari Kembar Blogger

Assalamualaikum..
Cik dayah nak join segmen lagi..haha
Segmen cari kembar birthday.. * dulu kat sekolah ada seorang kembar birthday ni..hihi *


korang pun nak join jugak? jom ke LINK ni..

Tarikh lahir cik dayah = 28 March 1990..



ada tak yang sama birthday dengan cik dayah? hehe.. =)




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, July 23, 2011

OMG! Plastic Surgery ke?

Assalamualaikum..
Sorry la sebab blog pink cik dayah ni jarang update sikit..* cik dayah bukanlah blogger tegar..hehe.. *

Cik dayah nak buat plastic surgery boleh tak ek?..
Hahaha..saja je buat suspen.. sebenarnya entry kali ni takde kena-mengena pun dengan cik dayah ni..hihi. * giler ke hape nak buat plastic surgery.. Berdosa beb!..hehe..*

Mesti kebanyakan daripada korang minat tengok drama-drama korea.. Tu termasuk lagi dengan Kpop segala bagai lagi..
Tak dinafikan yang drama & lagu-lagu diorang memang best..* walaupun tak berapa faham bahasa diorang..hoho..*
Tapi pernah tak korang teliti betul-betul wajah-wajah orang Korea ni?
Cik dayah tak pasti la yang tu just make-up or apa.. tapi lain bebeno muka diorang ni..
Cantik & licin yang amat.. bak kata orang macam perfect la..hehe..* diorang pakai susuk ke hape?!..hahah..*

Tapi bila selidik balik, rupa-rupanya kebanyakan daripada diorang buat plastic surgery kot! * patutla muka cantik semacam..hehe..*
Tapi, cik dayah tengok..yang da sedia cantik pun buat jugak plastic surgery ni.. tak sakit ke nak toreh-toreh muka tu..?
Nak buat double eyelid la.. mata bulat la..nak mancungkan hidungla,,,& macam-macam lagi..
Antara artis Korea yang buat  plastic surgery..




Ni heroin korean drama My Girl.. Lee Da Hae namanya..
Pak cik Google bagi..hehe



Lee Da Hae after plastic surgery....
-sumber www.allkpop.com -

Cik dayah rasa yang sebelum tu lagi cute daripada yang selepas plastic surgery ni..
Entah la..pendapat manusia kan lain-lain..



Jang Geun Suk.pak cik google tolong cari..hehe

Tapi cik dayah tak tau la kalau gambar-gambar ni edit guna photoshop or apa....
Teknologi sekarang kan da canggih.. tak gitu?!
Artis Malaysia? No komen la kot..hehe..

About Me Myspace Comments

Friday, July 22, 2011

Awas!! Plagiarisme..

Assalamualaikum kawan-kawan..
hari ni cik dayah nak kongsi sikit la pasal isu plagiat ni..
cik dayah confirm yang kebanyakan orang da tau..tapi takpe la.. ilmu kan untuk dikongsi..hehe


sumber cik google * gambar pun kena letak sumber gak..hoho..*


plagiat? apa benda ni? pelik benar bunyinya..haha

ok ye kawan-kawan, plagiat or plagiarisme tu bermaksud perbuatan meniru karya, maklumat atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya ( sama ada pengarang mahu pun karyanya) - sumber Buku Panduan Ijazah Dasar - * amek ko..siap rujuk buku yang da berkurun tak tengok ni..hahaha..*

atau dalam bahasa kurang skemanya.. plagiat ni macam kita ambik atau ciplak idea, karya atau apa-apa pun & kita akui yang semua tu idea asal kita..
bahaya au kalau kita buat macam ni..
buatnya penulis atau pereka sesuatu karya tu rasa yang karyanya diambil & disalahgunakan..
boleh bawak jadi kes mahkamah ooo.. siap saman-menyaman lagi..

so untuk langkah berjaga-jaga & menghormati idea & karya asal penulis lain, kita perlulah letak sumber dari mana kita ambil petikan atau gambar yang kita nak gunakan..
tak kisahlah dalam buku, internet,, blog pun.. kita kenalah hormat orang, barulah orang hormat kita..* ada kena-mengena ke?,,hehe. *



sumber google..

sebagai peringatan kita bersama, yang baik kita ambil teladan & yang buruk kita jauhkan.. =)

p/s = bila da masuk final year ni, tetibe da jadi insaf sikit..hoho.. nak wat tesis punya pasal la ni.. =p


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, July 20, 2011

Aku Blogger Negeri Sembilan

assalamualaikum kawan-kawan semua..
sihat-sihat la hendaknye ye.. =)
cik dayah nak join segmen lagi! terasa diri ni macam best pulak bila dapat join segmen-segmen yang menarik ni..hehe..* sila baca dalam nada yang merendah diri ye..haha..*
alhamdulillah bila cik dayah banyak mem'follow' kawan-kawan blogger lain..secara langsung tak berapa nak langsung.. kita boleh update dengan segmen, GA & contest yang ter'latest'..hehe

**********************************

 

anda mau join juga? sila ke LINK ini..


Daerah = sekarang cik dayah stay kat Kuala Pilah..

Tempat Menarik = cik dayah rasa semua menarik kat N9 ni..hehe..
contohnya Istana Lama Sri Menanti, pantai PD & Teluk Kemang, homestay kat Kg Lonek & banyak lagi la..hoho

Makanan menarik = suda semestinya masak lemak cili api..hehe.. lagi-lagi kalau kuahnya yang pekat bersantan tu...hihi

Tempat belajar = sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang
sekolah menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban
pernah belajar di Kolej Matrikulasi Kedah..
dan sekarang study & da final year da pun kat Universiti Malaya..


p/s = ramai yang tak caye yang cik dayah dulu study dekat sekolah agama *sekolah arab*.. tau la imej cik dayah camni an..huhu..



About Me Myspace Comments

Tuesday, July 19, 2011

Saya Dari Universiti Malaya

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua..
Semalam sambil cik dayah blogwalking, secara sengajanya terbaca la pulak 1 segmen ni..
Segmen tersebut ialah.. jeng,,jeng,,jeng.. Saya Dari Universiti ....... * fill in the blank ye.. =) *
So semalam lagi nak join.. tapi memandangkan da nak dekat pukul 2 pagi..so mintak permission kat empunya blog tu ---& cik Suhazli Muhamad nak join segmen ni hari ni...haha..
Dengan joinnya cik dayah dalam segmen ni, harap-harap dapat tambah kenalan bukan setakat kawan-kawan blogger yang sama U, tapi semua blogger dari U lain.. & mana la tau kalau-kalau bertemu jodoh la pulak ke an?? hahaha..* tetibe tergatai pulak..haha..=p *



berminat nak join?.. klik di LINK ini.. ;)


nama panggilan = ramai kawan-kawan panggil dayah je..

dari universiti = Universiti Malaya 
tahun depan da final year.. * tetibe terfikir pasal tesis la plak..hoho..*
still stay dalam kolej lagi.. Kolej 7 a.k.a  Kolej Kediaman Za'ba..

course = Sains Geografi..


Ok siap! hehe.. =)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Monday, July 18, 2011

Saya Nak Baju Kelawar AMNI Collections

assalamualaikum..
thanx kat cik Zil-el-Saif sebab sudi invite cik dayah join contest ni.. * cik dayah memang suka kalau join-moin contest ni..hihi*


kepada kawan-kawan yang berminat sila klik banner or link ni..

saya minat sangat kat baju ni..


sebab apa cik dayah pilih baju ni? sebab warna hitam putih ni nampak sangat cool dan menarik.. * walaupun cik dayah suka warna pink tapi design ni berjaya memikat hati cik dayah ni..hehe*
dan warna hitam ni InsyaAllah tak jarang.. tu yang membuatkan rasa bertambah nak pilih je baju ni..hehe
jika terpilih menang contest ni.., cik dayah bersyukur sangat sebab da lama tak pakai baju kelawar ni.. =)
paling last pakai pun seingat cik dayah, masa form 1 dulu..huhu

contest ni ditaja oleh AMNI Collections dengan kerjasama IBRAHzine.com
tarikh tutup contest ni 7/8/2011
so sempat lagi kawan-kawan nak join..* tak kesah la boy ke girl ke..jangan malu-malu nak join..* =) )





About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Ketahui Personaliti Anda Melalui Rambut

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua..
harap-harap sihat saja la hendaknya.. ^_^



korang semua tahu tak yang jenis rambut korang boleh menggambarkan personaliti diri korang sendiri?
so, check it out..! hehe


Rambut Lurus - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa meminta pertolongan.


Rambut Kerinting Tebal - kurang bijak, degil, 
kuat cemburu , romantik, banyak pergaulan tetapi susah dalam menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka termenung.


Rambut Kerinting Negro - bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.


Rambut Ikal Mayang - bijak berfikir sebelum bertindak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.


Rambut Halus Lembut
sangat bijak dalam membuat pilihan, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersunguh-sungguh.

Rambut Sikit - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


Rambut Perang - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


Rambut Tebal - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.


Rambut Kusut - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.


Rambut Beruban - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah sendiri.


Rambut Tiada (botak)
- sendiri fikir..hehehe.. maaf tiada dalam kamus personaliti. Nampak macam garang tetapi seorang yang sensitif, manja, romantis tetapi sedikit baran, keras kepala dan bijak menyesuaikan keadaan.


cute kan rambut jang geun suk? * korang nilaikan sendiri personaliti dia camne..hehe..*


Agak-agaknya korang yang mana satu? Janganlah marah kat cik dayah pulak...*sedih au klau korang marah..huhu..

Jika ada sikap yang kurang baik tu kita boleh ubah. Mungkin betul apa yang ditulis, mungkin ada yang tak betul. 
Tetapi kebarangkaliannya hampir 80% betul. Betul tak?.hehe.., korang sahaja yang tahu personaliti korang sendiri.. ;)
Biarlah ia menjadi rahsia, kan?..(sumber daripada junior skool dulu.. =))




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, July 17, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

assalamualaikum,,

masa tengah blogwalking dekat blog-blog member tadi,,
terjumpa 1 segmen yang menarik ni..
so apa lagi.. cik dayah pun nak join gak..

!                                                                             LUNA LANUN !

kepada sesiapa yang nak join boleh la terus ke blog LUNA LANUN

tarikh tutup penyertaan 25/7/2011

selamat berkenalan kawan-kawan..hehe.. =)



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, July 16, 2011

Indahnya Malam Nisfu Syaaban.. =)

assalamualaikum..

alhamdulillah.. hari ni bersamaan 16/7/2011 adalah malam nisfu syaaban..
nisfu tu maksudnya separuh atau setengah so nisfu syaaban ialah setengah daripada bulan syaaban itu sendiri.


ihsan pakcik google.. =)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - sumber www.ikim.gov.my-


maka segala amalan kita dalam bulan Syaaban adalah bermakna sebab telah dinyatakan bahawa yang bulan Syaaban ni sebagai bulan penghapus dosa...
dan Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar..


cik dayah ingat lagi ustazah cik dayah cakap dulu..
apabila bermulanya malam nisfu syaaban, buku amalan kita yang lama akan diangkat ke langit dan buku amalan yang baru pula akan dibuka..
catatan pertama dalam buku amalan baru akan bermula sebaik sahaja waktu maghrib..* dalam islam, hari yang baru akan mula dan tamat pada waktu maghrib..*
jadi sama-samalah kita memanfaatkan bulan syaaban ni dengan amalan-amalan yang baik., dan baiki niat dalam semua pekerjaan yang ingin kita lakukan..
jangan tunggu bulan Ramadhan baru nak buat baik itu ini... * semua bulan tu patutnya buat baik..hehe*

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). - sumber dakwah.org -
Rasulullah bersabda: barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. =)

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, July 14, 2011

sekarang ni memang da musim eh?

assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian..
sekarang ni memang da musim ke?

musim buah ke?
haha..itupun mungkin la kot.. =P
tapi musim yang cik dayah maksudkan ni adalah musim orang TUNANG & KAHWIN..huhu..
banyak je jemputan kahwin dan tunang sekarang ni.. tak menang masa nak hadir kat semua jemputan tu..
mentang-mentang la sekarang ni tengah musim cuti...hehe..* tiba-tiba macam tak puas hati pulak..haha..*


gambar ihsan i luv islam.. =)

kawan-kawan sebaya dan muda daripada cik dayah pun da ada yang da tunang.. nak kahwin pun ada...
tahniah  & selamat pengantin baru kat korang sebab da jumpa pilihan hati masing-masing..
cik dayah doakan semoga kawan-kawan bahagia hingga ke akhir hayat..
kalau gaduh-gaduh manja tu biasala, inikan lidah lagi tergigit..apatah lagi suami isteri..* tiba-tiba feeling nyanyi lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem 3 ABDUL..haha..*

cik dayah masih lagi mencari dan menunggu..* tapi lebih kepada menunggu la..hehe..*
jika dia ditakdirkan untukku, maka dia lah jodohku..* tetibe..hahah..*



p/s : cik dayah tukar gelaran ak tu kepada cik dayah..nampak lebih sopan dan cute..hehe..

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, July 5, 2011

sakit jantung tengok KARAK..

assalamualaikum..
walaupun filem ni da lama keluar..ak nak juga kongsi pendapat ak tentang filem ni..

dalam 12.30 a.m semalam, ak & family ak tengok la filem Karak tu..
tengok dvd je.. takde masa nak tengok-tengok wayang ni..hehe..* da la sebelum tu tengok cerita Damping Malam kat Astro..memang bertambah seram la..*

Filem Karak merupakan terbitan KRU Studios..
dan pada pendapat ak la an, filem ni best sangat..
ada pelbagai elemen yang diterapkan dalam filem ni.. elemen persahabatan, percintaan dan juga elemen Islam itu sendiri..
walaupun selalu ada babak-babak suspen, dengan bunyi efek yang kuat menggegar jantung lagi..fuhh. * banyak tutup mata la dari tengok..seram kot..hehe..*
memang orang yang ada simptom-simptom sakit jantung tu dinasihatkan janganla tengok..hihi

**********

SINOPSIS : KARAK


Mengisahkan tentang pengalaman paranormal 4 orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di Lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.


**********

ada pengajaran la yang ak dapat lepas tengok filem ni..
ramai orang Islam sekarang ni just Islam pada nama je..
tapi semua amalan wajib & sunat jarang or tak diamalkan..
boleh hafal macam-macam surah., tapi makna di sebalik ayat yang kita baca or hafal tu..ramai yang buat endah tak endah.. * korang boleh faham bila tengok bahagian akhir filem ni..*

ending filem ni sedih..huhu.. ;(


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers