Thursday, September 29, 2011

Go Genting!

Assalamualaikum..
Da lama cik dayah tak update blog kan..
So entry kali ni cik dayah nak kongsi sikit pengalaman cik dayah bergumbira di Genting Highlands baru-baru ni.

Sebenarnya, kitorang da lama sangat rancang nak pergi Genting ni..  
* dari 1st year lagi kot duk rancang*,
Alhamdulillah, masa 3rd ni la baru la dapat pergi dengan kawan-kawan..
Rasa macam heksited sangat la kan dapat pergi sana..* ye la, kawan-kawan yang study dekat U jauh pun da pergi, ni kan pulak kita ni yang study dekat ni..hihi..*

Cik dayah tak suka sangat naik skyway @ cable car ni... bukannya apa.. pening kepala ni..

 Ok la.. nak upload pict sikit..hehe




masa ni baru je sampai dekat Genting..



kawan-kawan yang pergi.. pakej untuk 13 orang sekali.. baru jimat..hehe



time ni da sampai kat atas Genting tu.. muka memasing excited je..hehe



nampak scene yang cantik je, mesti nak ambil gambar..huhu



pirate ship! takut + malu..huhu


ni la skyway yang digunakan untuk naik ke atas.. 3.4 km panjang kot..


Secara keseluruhannya, pengalaman kat sana memang best bangat..
Terutamanya time masuk Snow World,, sejuk giler,, sampai sakit kaki & tangan ni..
Time naik Pirate Ship tu yang paling malu sekali..
Boleh pulak cik dayah menangis, rasa takut yang amat.. rasa macam nak terbang je naik benda tu.. Jantung ni rasa macam jatuh,, takut sangat.. sampai sekarang kawan-kawan cik dayah tak boleh lupa muka cik dayah time naik Pirate Ship tu...
MALU!!! hahahaha.. =p


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, September 18, 2011

Nak daki Broga Hill..!

Assalamualaikum..
Da lama teringin nak daki bukit or gunung..
Masuk gua da suda.. nak try gak daki-daki bukit ni...

Ramai cakap yang view kat atas Broga Hill ni superb yang amat..
Nak gak try tengok dengan mata sendiri..



Macam best je kan? hehe (sumber : Google)


Haha.. badan kecik.. tapi suka aktiviti lasak! haha..

=D


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, September 17, 2011

Da Jumpa Lelaki Idaman


Assalamualaikum semua..
Bila cakap pasal lelaki idaman ni.. sampai bila-bila pun tak habis..
Lain orang lain taste dia.. tak gitu? Hehe

Semalam, masa cik dayah pergi kedai buku dekat Mid Valley..
Tiba-tiba cik dayah rasa macam da jumpa lelaki idaman cik dayah..
Masa tu cik dayah just lalu je sebelah dia,, & tiba-tiba diri cik dayah  rasa macam nak senyum lebar je..hehe
& tak semena-mena terdetik kat hati ni.. “macam ni la ciri-ciri lelaki  idaman aku”
Hahaha.. tiba-tiba je rasa macam tu, padahal cik dayah tak kenal pun siapa lelaki tu, muka pun tak nampak, just nampak belakang dia je kot..hihi
Rasa selamat je bila lalu sebelah dia..* tetiba je..haha..*

Dia tak kurus or berisi sangat, biasa-biasa je.. & yang paling penting, cik dayah ni just tinggi bahu dia je kot! Tu yang rasa macam termasuk je dalam ciri-ciri lelaki idaman..heheh..



p/s = don't worry if you're still single..God is looking at you right now saying " i'm saving this girl for someone special " =)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, September 13, 2011

ish.. ish.. ish.. budak-budak sekarang..

assalamualaikum..
sebelum kelas start hari tu.. cik dayah ada la join rombongan cik kiah ke K.L
ada rumah terbuka, kalau tak silap..dekat kediaman menteri besar K.L.

dalam bas yang cik dayah naik tu.. ada la beberapa orang budak umur 3 or 4 tahun yang ikut sekali..
memang riuh la bas tu dengan suara diorang je..
dengan menyanyi lagu 'poie pokan' tu lagi.. memang lawak la.. haha..
biasala kalau naik bas.. mesti kita dapat tengok macam-macam jenis kereta yang ada kat jalan raya tu..

yang mantapnya.. diorang tahu je jenis kereta yang lalu kat sana..
"eh itu Lotus la.. Mers (Mercedes) la..*cakap Mers je.. bagus..bagus..*, Jaguar la.. BMW la.. * dorang panggil BM je kot.. * porsche la.." & macam-macam lagi la..

tapi yang peliknya, semua jenis kereta yang diorang sebut tu.. semua kereta-kereta import..
kereta Malaysia macam proton ke apa ke.. takde pulak diorang nak excited sebut,,
budak-budak sekarang ni, lagi maju daripada orang dewasa.. haha..
& kereta idaman diorang semuanya kereta yang canggih-canggih & mahal-mahal.. kelas gitu..hehe

cik dayah pun tak berapa nak dapat beza kereta Mers dengan BMW.. hahaha =P


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, September 11, 2011

tingginya tingkat 4!!

assalamualaikum..
hari ni selamat la sudah cik dayah check in kat hotel takde bintang kat UM ni..

beratur2 je.. terus dapat bilik kat tingkat 4..* blur giler masa masuk bilik tu..masing2,, muka macam..hmm.. hahah..*

tingkat 4 pun 4 la..janji dapat bilik..huhu..
tapi macam sunyi je blok ni.. rasa macam lain macam sikit..hehe..

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers