Tuesday, May 25, 2010

majulah kompang untuk negara..hihi

as salam
tengah borink giler ni..
da la kepala ak tengah pening nak pilih apa untuk subjek semester depan..
ak pun merajinkan la diri ak ni nak meng'update'kan blog ak yang tak seberapa ni..huhu

ak nak tulis sikit masa ak join kompang kat kolej ak yang tercinta ni dulu..
besh sangat masa join kompang ni..
ak dapat belajar step2 camne dorang main..
semua orang tak percaya bila ak cakap ak join kompang untuk FESENI ( festival seni UM)..
ye la...dorang pandang daripada luaran je.. (don't judge a book by it's cover la.)
taula ak ni kurus.. ingat ak tak larat ke nak pukul kompang tu..
ala.. bukannya susah sangat pun.. (ade unsur2 riak ye disitu..hahah)

selama ni ak dapat tengok je orang main kompang kat rumah2 orang kahwin..
pernah jugak terdetik dalam hati ak..(ayat...huhu)... cambest je dorang ni main kompang..ak pun nak main jugak..

bila ada pemilihan untuk FESENI.. ak pun apa lagi..
dengan malu2 ayam.. ak pun tulis nama kat pemilihan ahli kompang..
mula2 ak nak masuk boria, dikir barat n kompang..(banyak giler kot..)
tapi bila pikir2 balik... boleh ke ak nak bahagikan masa ni..
dengan meeting balai lagi.. n macam2 la..(bajet bz la mse 2..huhu)
n di '+' kan dengan nasihat akak2 senior...so ak pun juz join kompang je la..

ak ase kitorang berlatih kompang tak sampai sebulan kot..
alhamdulillah ak da tau n reti nak pukul kompang tu ikut step2 yang abang asri ajar..
mula2 memang la macam nak tak nak je.. tapi demi menjaga maruah kolej kitorang..
kitorang pulun jugak main sampai masuk FESENI..
ni.. ak sajikan pict2 kitorang sebelum,, semasa n selepas kitorang main kompang..huhu..






pict ni selepas kitorang main kompang..time ni semua orang da balik da..kitorang menyempatkan diri untuk bergambar..hahah





ni la ahli kitorang yang join kompang..





masa tengah main.. cuba untuk 'smile' selebar-lebarnya..(wlaupn dlm hti cuak..huhu)






formasi..(jgn igt kawad je ade formasi au..huhu)





posing sikit kawan2 ,,hehe





teruna..





dara..






dari kiri : ak, ean, abg syah, shima, pija n tengah2 yang duduk tu..kak zai..

n then,, kitorang menang dapat no 5 daripada 6..huhu
kira ok la tu.. ada jugak no an.. n pengalaman masa main tu.. memang akan sentiasa diingati..
semester depan.. kitorang rancang nak ajak junior2 masuk..
bagi memeriahkan lagi pasukan kompang...
majulah kompang untuk negara...hahaha..


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, May 20, 2010

passport oh passport...!!!!

asasalamualaimum,
sekarang ni..baru je beberapa jam balik dari pejabat imegresen kat Seremban...
fuhhh!!! memang macam2 dugaan la tadi..
nak surat beranak la..itu la..inila...

masa mula2 datang tadi..
ak da konfemkan da semua dokumen2 penting nak kena bawak..
tapi boleh pulak time on de way nak pergi sana..
ak terpikir.. betul ke ak da bawak semua yang penting ni..
nanti tak pasal2 balik la rumah balik semula..

bukan senang nak dapat peluang..
da abang ak nak pergi Seremban nak tukar sport rim kereta dia..
alang2 tu, ak ikut sekali la nak buat passport kat sana..
ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.. *ade kne mngene ke???...huhu..*
n then..masa da sampai tadi,.
kitorang..*ak,, adik ak n ayh ak..* terus pergi kat tingkat 2 kat wisma persekutuan tu..
ak an anak manja..walaupun da bosa panjang..hahaha..
still jugak kena ada owang yang temankan ak..

ak terus pergi tanya akak yang jaga kat kaunter tu..*dgn buat2 brani..*
ak = akak..nak borang untuk buat passport??
akak imigresen = ok..1st time ke?
ak angguk je..n then dia terus bagi 1 borang warna hijau..
akak imigresen = adik kena sertakan 2 keping gambar..salinan ic..
ak = kak.. kalau saya guna ic sementara boleh x?? * sbb smlm ak br je tkr ic bru..*
akak imigresen = owh..adik kena sertakan salinan surat beranak la..
ak = kalau salinan ic ori yang dulu tu boleh tak kak..?? *cuak weh mse ni..mne nk dpt slinan surat beranaknye kalau surat beranak yg asal ade kt umah...*
akak imigresen = tak boleh dik..kena surat beranak jugak..

ak cakap la kat ayah ak..
macamane ni.. takkan nak balik rumah n datang lain kali..bukan senang..
abang ak da mula perli2 ak..
ak mana la tau dia nak surat beranak.. ingatkan guna ic sementara tu boleh la jalan..
nasib baik la ayah ak nak balik rumah.. ambik surat beranak ak..
ak n adik ak tunggu kat pejabat tu..
punya la lama tunggu, ada la dekat nak 2 jam..*ye la..kuala pilah dengan seremban bknnye dkt..*
orang lain da ramai da balik da..
ak sms2 la kawan2 ak yang pergi sekali untuk program outbound ni..
da buat ke belum.. n majoriti dorang da buat da..n ada yang da siap pos laju ke jabatan da pun..*agk excited ye dorang ni..hahah*
n..tiba2 ada kawan ak sms.. dia cakap kena buat pict pakai tudung gelap2..ak sekali lagi la cuak..
da la ak ambik pict dengan tudung warna pink..*my favourite kaler tu..kihkih.. dgn harapan..muke ak nampakla cerah skit bile pakai tudung wane cerah2 ni..hahah*
ak lagi sekali la pergi kat kaunter n tanya pasal gambar tuh..
akak tu cakap..ok je..adik nak pakai tudung warna putih pun boleh..hahaha

n akhirnya.. siap jugakla..passport ak tuh...*melayang la rm100 ak..huhu*
tp pict ak nampak gelap la pulak dalam passport tuh..hahaha..
n ak sekali lagi cuak..*brape byk kli nk cuak daaa...*
sebab..sign ak tak sama.. tak tau la kenapa ak bila time nak sign je..mesti semuanya tak sama..*dlu..ak pnah kne sound ngan akk BSN tuh..psl ni..* tu yang agak cuak tuh..
ak pun sedapkan la hati ak.. takpela kot..cap jari an ade..*dgn tbe2..hoho..*



pasport yang dinanti-nanti..


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, May 19, 2010

call mengejut daripada ..........??

assalamualaikum..,
semalam... ak dapat call mengejut..
nak tau siapa.? ada akak pembantu prof ak yang call..


akak tu = ni ................................. ke?
ak = ye saya...
akak tu = awak ada apply untuk outbound application tu kan??
ak = ye saya..*dalam masa sama sempat lagi pikir 'outbound' tu maknanya apa...hahaha*..tiba2 baru ak teringat..ak ada apply nak pergi Indonesia sebelum cuti semester hari tuh..*cuak*
akak tu = awak da buat passport ke belum??
ak = belum lagi.. kenapa??
akak tu = awak berminat tak lagi nak pergi sana?
ak = berminat..*dengan lajunya ak jawab sebelum pikir dulu*..ye la an..da dapat peluang..
akak tu = awak kena buat passport secepat mungkin n hantar salinan passport n salinan bank...
ak = ha??? bila nak kena hantar tu agaknya??  nak hantar kat jabatan ke?? sempat ke nak siap??
akak tu = kalau boleh dalam minggu ni jugak la.. kena hantar kat jabatan la..*ketawa tuh*,, ala..passport dalam masa 1 hari da boleh siap da... lagi pun n9 dengan UM ni jauh sangat ke??
ak = owh..*cover mlu*,,huhu..

ak punya la cuak..pergi tanya parent ak..dapat pergi Indonesia ni..camne ni??
mak ak bagi pergi..atuk ak pun lagi la bagi pergi.. siap suruh buat passport cepat2 lagi.. tapi..
ayah ak macam berat je nak lepaskan ak pergi.. tak taula camne..
kalau ikut ak..memang la ak nak pergi.. bukan senang nak dapat peluang ni.. prof da bagi peluang kat budak 1st year,,,
n then pagi tadi.. atuk ak cakap...buek copek passport tu,,, kang xdapek poie sano kang baru tau...(buat cepat passport tu,, nanti tak dapat nak pergi sana baru tau...)
atuk....atuk.....haha

About Me Myspace Comments

Tuesday, May 11, 2010

kaulah segalanya...~~

Mungkin hanya Tuhan


Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini...
Oh...

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...

*Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkinku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...

*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Wooo....

*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu 
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang


KAULAH SEGALANYA - RUTH SAHANAYA.

kawan2 ak pernah tanya ak... kenapa ak minat lagu ni??. bukan ke lagu ni da lama ke??..
ada jugak kawan ak cakap dia tak pernah dengar lagu ni...pelik2..haha..
sebenarnya ada cerita yang tersirat disebalik lagu ni...
ada orang tu dedikasikan lagu ni kat ak.. taknak la cakap siapa..hehe
semua tu da tinggal kenangan.. tapi kalau ak dengar lagu ni,.. mesti teringat kat dia..
dia pernah tanya...

dia?? = siapa yang nyanyi lagu ni??
ak.. = shiela majid kot..hehe..
dia?? = ade pulak..ruth sahanaya la..
ak = owh ye ke..ingatkan shiela majid..suara lebih kurang je...hahaha



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

tak sabar nak jadi senior...lalala~~

as salam,
1stly…
tak tau nak tulis apa sebenarnya..
Sekarang ni da selamat sampai rumah..
Da cuti semester da… tak lama lagi ak da bergelar pelajar tahun 2..
Da jadi senior da kak oiii…huhu


Teringat masa mula2 masuk UM..
Jadi junior yang amat2 la ‘dialu-alukan’ kat kolej …
Masa tu.. blur sangat2.. xspecially masa haluansiswa..
Ikut je apa yang PM (pembantu mahasiswa) tu suruh..
Kena buat cheers la..buat kerja dalam group la..
Kena buat itu la…ini la..
Kena la buat..kalau tak nanti..kena la dengan senior..haha..


Pengalaman.. nak mintak signnn…*ayat budak gedik..haha*
Tapi semua tu kenangan yang memang tak dapat dilupakan la..
Kelakar je kot kalau ingat balik..
Mesti je ada benda yang jadi bahan lawak..
Tapi ak suka cheers..memang besh la tahap tak hengat..
Mantap..!!!!


Semester depan ak still dapat duduk kolej lagi..
Kolej still sayang ak lagi la katakan,..*perasan je lebih..haha*
Rumate ak ada seorang tak dapat kolej,. tak tau la camne kolej tu pilih..
Ak harap semua dapat la kolej semester depan..
Nak duduk sama2 lagi dengan dorang..
Nanti boleh la kita main game sama2…
Shopping sama2..
Tengok video klip SUJU..sama2…berebut HEE CHUL * flower of SUJU tu *
N menari tarian NOBODY - WONDERGIRL tu..haha..
Memang lawak nak mati la..bila menari masa tu..*da la time tu exam week..sempat lagi nak menari bagai,, *



hee chul yang comey..haha


Rindu dengan kenangan masa 1st year dulu…
Prof2 pun ambik berat je pasal kitorang..besh au.. 





About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friday, April 16, 2010

tension!!! tak boleh nak tido.!!

warrrggghhhh!!!!!!!!!!!
tension giler ak..
rasa macam nak marah pun ada jugak ni..
puas ak lelapkan mata..
n berangan macam2..
angan2 ak jalan2 la..jadi burung n terbang la..
angan2 ak kahwin pun ada jugak..hahaha
tapi still jugak tak boleh nak lena tido..

habis study dalam pukul 2.30 a.m. then baring2 la kat atas katil..
tengok2 jam da pukul 4.35 a.m..
isshh,, kenapa la tak lelap2 lagi ni...
tengok2 jam lagi da pukul 5.05 a.m..
ak try lagi nak lena tido..tapi tak boleh..
ak pergila kacau ex- bf ak..
send2 sms kat dia cakap ak tak boleh tido..
tapi ak tau dia mesti tak balasnya la..hahaha...

giler ar..
memang tak boleh nak tido..
semalam kira okla..
dapat lelap dalam pukul nak dekat 5.00 a.m ..

tapi hari ni langsung tak boleh nak lena..
entah apa yang ak pikir...
tak taula..
ya ALLAH...hambamu ini mahukan tido yang cukup..
maybe salah ak jugak kot..huhuhu~~~
nak dekat exam da ni...


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, April 15, 2010

dinner balai..

assalamualaikum,
ni nak cerita sikit pasal dinner balai islam masa 9 april hari tu..
balai islam tu kira macam salah satu biro la yang diwujudkan kat kolej2 kediaman..
dinner tu boleh la tahan..
walaupun tak ramai yang datang..maybe sebab study week kan masa tu..
so ramaila orang yang balik..


mantan balai je yang ramai datang..
masa tu ada main games radio karat..
n tukar tajuk n penyanyi lagu..
ak 1 lagu pun tak dapat teka..
da semuanya lagu nasyid...mana la ak tau..
ak kan jarang layan nasyid ni...(huhu..)


n masa akhir sekali ada tukar2 hadiah sesama kitorang..
ak punya la lama tunggu..
no ak tak naik2 lagi..(bukan no ekor au..hahah)
kitorang kena undi no..
so siapa no yang naik, dia yang akan bagi hadiah kat siapa yang cabut no tu..
agak lambat ye disitu..
akhir sekali dia juz tukar je hadiah tu..
ak dapat hadiah daripada sorang abang tu..


ak tak kenal abang tu.. yang ak tau dia pakai baju melayu warna coklat malam tu..
apo ko polik bona pakai warna tu.. tak ikut tema langsung..
tema malam tu an hijau, putih n hitam..
tapi sebelum main games tu..
dia datang kat kitorang n dia tolak hadiah dia punya kat ak..
abang tu = 'ambikla hadiah ni....'
ak = haa?? (agak terpinga2 ye mase tu..)
ak buat tak tau je la an..
entah2 dia nak main2 je kot..
haha.. n hadiah dia yang mula2 nak bagi kat ak tu..memang ak dapat akhirnya..
kotak je besar..tapi hadiahnya...huhuhu





biskut jadi hadiahnya..hoho.. * gambar ihsan google..*






About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, April 8, 2010

alhamdulillah....

alhamdulillah...
assignment s & t da anta da..
baru je tadi..
takziah kat Dr. Zuhdi...cuz ayah dia meninggal dunia tengahari semalam..
so dia tak dapat datang petang tadi n madam Yasmin yang gantikan dia..
so kelas ganti (sebenarnya macam kelas untuk tanya soklan ape yang tak paham...huhu)
ditunda selasa minggu depan...
maybe tak ramai kot yang datang nanti cuz ramai orang yang balik kampung time tu..

test tadi memang tak boleh blah laa...
tiba2 movie pasal james bond pulak soklan dia...
apo la polik bona soklan eh ni...???

tak taula...hahaha...
biar je la..benda da lepas..
buat apa nak dikenang-kenang...(cehwahhh)

tak dapat nak balik rumah time study week ni.. rindu kat family...
mak...nak makan telur kicap...nak sangat..hehe
memang kempunan la ak nak makan telur kicap tu...
da la kat sini pun jarang je nak makan telur kicap..
bila time ada je mesti dapat yang sisa2 je..
cdey au,,,huhuhuhu...=(

rindu kat kucing2 ak yang semakin membesar da sekarang ni..
mesti dia takut kat ak..
sebab da lama ak tak balik rumah,,,,(rasenyela..haha)

ni pict. kucing akal..sangat cumeyyy kot!!!!!!!!!





kucingku masa kecik lagi...sayang dia sangat2...





kucing pun sayang sesama diorang..inikan pulak manusia..(ada kena-mengena ke..haha)




ak suka sangat kucing ni...dia ni suka main2 kat kaki orang..manja dia ni..
hahaha...




kucing ni kalau tak salah ak namakan dia ni maimun kot..
saja je nak letak nama yang elok sikit kat dia ni...huahuahua..(garang kot muka dia ni..huhu)




antara kucing ak...semuanya ada 6 ekor..tapi sekarang tinggal 3 ekor je..mak ak da bagi kat kawan dia..
kesian ak kat dorang..dapat makan cukup ke tak ntah...jangan jadi kucing jalanan da la....




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, April 4, 2010

di kala keboringan melanda~~~


baru je lepas bangun tido ni...
saje je nak tido petang...ngantuk kot petang2 macam ni...hoho

final exam lagi 2 minggu lagi...
1 habuk pun ak tak study lagi...
entah hape la nak jadi dengan ak ni...
cakap nak dapat anugerah dekan...tapi usahanya tak nampak pun....(poyo gler kot..huhu)

assignment S & T tak siap lagi ni...
entah hape la assignment ni...
kalau buat ulasan movie je kan senang... ni nak pulak kena masukkan sekali term2 yang da belajar...
da la masa kelas ni ak ngantuk...
tak paham 1 hape pun...huahuahua,,,

1 lagi masalah jiwa datang...
dia still lagi mengharap kat ak..
ak ni da la cepat rasa bersalah...
ak tak angkat pun call dia...kejam ke ak??
ak tak nak la susahkan dia lagi...
ak tau diri ak ni siapa...

~~~~~~~~~~~~


orang cakap ketawa ni pengubat kesedihan...
tapi kalau ketawa tu tak ikhlas datang dari hati..
so tetap hati tu rasa tak bahagia...~~~~




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

kenapa ko tak nak paham !!!!

kenapa la susah sangat ko nak paham???
ak da cakap kat ko yang hubungan ni tak pasti lagi...
n kita boleh jadi kawan je...

n nak jadi sepasang kekasih...memang tak sesuai la...ko dengan cara ko... n ak dengan cara ak...
kita selalu je bergaduh sebab benda yang remeh-temeh...
sorry to say...

ak da cakap cara baik da dengan ko,,,,
KWN...1 perkataan yang baik bagi aku pada masa ni...
ko cakap yang ko ada masalah...
ak cuba paham keadaan ko...tapi ak tak boleh nak hipokrit yang ak memang paham ko...
ak cuba.... tapi hati ak ni selalu je rasa keseorangan n kesunyian...
so,, lebih baik kita jadi kawan...

maafkan aku.......






About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers