Sunday, February 26, 2012

Perlukah Cinta?

Chapter 1

          “ Eh cepat lah Nadia, dah lewat ni hendak ke kuliah”,  kata Mellisa. Dalam keadaan kelam-kabut itu, aku cepat –cepat menyiapkan diri kerana sudah terlewat untuk ke kampus. Sekarang ni waktu Professor Adam dan beliau memang pantang benar jika pelajarnya datang lewat ke kuliah. Mesti akan dimarah dan dihalau keluar daripada kelasnya. Nasib baik aku dan Mellisa sempat sampai ke dewan kuliah, kalau tidak malu kami jika dihalaunya keluar daripada kelas tersebut.

           Waktu rehat telah tiba, “ Eh Nadia, apa kata kita makan kat luar? Kelas seterusnya masih lambat lagi,” kata Mellisa sambil menarik tangan Nadia. Dalam perjalanan ke kedai makan yang berhampiran, tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu dengan laju dan secara kebetulan terdapat jalan yang agak tidak rata di kawasan tersebut yang bertakung dengan air hujan akibat cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Dan tidak semena-mena, kereta tersebut telah meluncur laju kearah lopak air tersebut dan air itu telah terpercik ke baju Nadia.

          “Ya Allah, habis basah baju aku. Macam mana aku nak pergi makan ni? Malu lah aku,” bebel Nadia. Seorang lelaki telah keluar dari kereta itu, lalu berjalan mendekati aku dan Mellisa. Kemudian lelaki itu meminta maaf akibat insiden tadi. “ Cik maafkan saya,” kata lelaki itu dan aku terus-menerus melihat lelaki tersebut. Pada pendapat aku dia seorang lelaki yang agak kacak, rambutnya yang digayakan mengikut fesyen semasa dan matanya yang agak bundar. “Apalah aku ni, sempat lagi aku mengelamun akan kekacakan lelaki yang telah memalukan aku tu” monolog Nadia. Aku dan lelaki itu bertentang mata dan ada suatu aura yang membuatkan aku terus memaafkan lelaki itu. Setelah itu, lelaki itu berlalu pergi dengan memandu keretanya dan aku mendapati ada seorang wanita yang cantik di dalam kereta tersebut,

        Malam itu, aku duduk di atas katil kerana hendak tidur tetapi mataku tidak lagi rasa mengantuk. Kenapa wajah lelaki di siang hari tadi masih berlegar-legar di mindaku padahal kami baru sahaja bertemu dalam waktu yang singkat. Tidak mungkin aku ada perasaan terhadap lelaki itu. Dalam sibuk melayan perasaan, Nadia tertidur bersama bermacam-macam persoalan.

Seminggu telah berlalu dan sekarang aku akan menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat pembinaan yang agak ternama iaitu Aqua Holding. Aku benasib baik kerana aku dan Mellisa diterima menjalani latihan praktikal di tempat yang sama. Aku dan Mellisa akan memulakan tugas yang pertama pada hari ini. Perasaanku agak gementar dan gugup untuk memulakan tugas pada hari pertama ku disini. Tidak disangka-sangka aku telah terserempak dengan lelaki itu lagi dan sebenarnya dia pun bekerja di syarikat itu sebagai jurutera. Kami sangat terkejut dan aku pula sempat mendengar kawan-kawannya memanggilnya dengan nama Aiman.

“Siapa perempuan tu Badrul? “ tanya Aiman kepada rakan sekerjanya. “Oh.. itu Nadia dan kawannya Mellisa, diorang praktikal kat sini,” jawab Badrul. Setiap kali habis waktu kerja, pasti aku akan bertembung dengan Aiman. Hanya senyuman saja yang akan kami ukirkan apabila bertemu dan tanpa sebarang kata yang hadir. Waktu kerja aku sudah hampir habis. Aku dan Mellisa mahu segera pulang. Takut kalau lambat-lambat nanti, bertambah sesak jalan. 

          Dalam perjalanan ke hentian bas, aku dan Mellisa ternampak seorang perempuan keluar dari kereta Aiman. Mereka berdua kelihatan sangat rapat dan mesra. Mereka saling berpelukan di antara satu sama lain. Wanita itu kelihatan sangat seksi dan bergaya. “ Eh, aku tak sangka yang Encik Aiman macam tu kan. Hari tu aku tengok dia dengan perempuan lain tapi hari ni dengan perempuan lain pulak. Mentang-mentanglah dia tu lelaki yang boleh tahan handsome dan mempunyai perwatakan yang menarik,” ngomel Melissa. Tiba-tiba aku berasa sakit hati. “Ahh sudah! Apa masalah aku ni sampai nak rasa sakit hati ni? Suka hati Encik Aiman la nak keluar dengan siapa pun. Yang aku nak sakit hati ni kenapa? Lupakan perasaan kau ni Nadia. Kau tu siapa kalau nak dibandingkan dengan dia. Kau berdua sangat jauh berbeza. Dia daripada keturunan berada tapi aku hanya hidup sederhana dan tak mewah. Tak sesuai langsung dengan dia. Aku harus hapuskan perasaan aku ini sebelum perasaan ni bertambah parah,” monolog Nadia terhadap dirinya.

*************************************************

Assalamualaikum kawan-kawan..
yang atas ni adalah nukilan kawan cik dayah..
saje je nak post dalam blog ni..
harap-harap terhibur..
tapi tak tau nak bagi tajuk apa..huhu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers