Tuesday, May 24, 2011

Rahsia Warna Kegemaran Mengikut Gender..

assalamualaikum..
semua orang kat dunia ni mesti ada warna kegemaran...* tipu la kalau takde favourite colour an?..haha,,*
dan setiap warna yang seseorang suka , dapat menggambarkan peribadi seseorang tu macam mana..
dan ia berbeza mengikut gender..* ye la..kalau untuk perempuan, mesti la lemah-lembut n lain2..lelaki pulak lain tafsirannya..hehe..*
so kalau nak tau apa maksud warna kegemaran korang :




BAGI LELAKI :


PUTIH = Lambang kesucian n kesegaran, simbol bagi seseorang yang ingin memulakan hidup baru dan juga lambang kebersihan dan kebolehan professional. 


MERAH = Lambang tenaga fizikal, kebaikannya bagi pemakai ialah dapat menyelesaikan kerja-kerjanya tetapi daripada sudut negatif ia melambangkan paksaan dan agresif. Warna ini juga turut dikaitkan dengan tenaga seksual dan kemarahan. 


JINGGA = Campuran warna MERAH dan PUTIH . Melambangkan sifat kewanitaan, cinta, kelembutan dan perasaan. 


OREN = Campuran warna MERAH dan KUNING . Melambangkan kekuatan, pencapaian dan pembelajaran. 


KUNING = Warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual. Merupakan warna yang baik bagi sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Kadang-kadang warna ini juga dianggap sebagai warna yang memaksa dan sikap pengecut. 


HIJAU = Campuran warna BIRU dan KUNING . Warna alam dan dikaitkan dengan pertumbuhan dan pembaikan. Ia juga warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan menolong atau mengubati orang lain. Merupakan warna yang baik untuk menenangkan fikiran tetapi sering dikaitkan dengan sifat cemburu. 


UNGU = Warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Dikaitkan dengan mempunyai pengetahuan yang khas dalam bidang kerohanian. 


HITAM = Melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga turut melambangkan sifat 'sofisticated' dan boleh menyesuaikan diri. 


COKLAT = Tanda banyak wang dan pengasih serta mempunyai prospek masa depan.


BAGI WANITA :


BIRU = Tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Melambangkan ketenangan dan kedamaian. Selalu mengalami kesulitan dalam pergaulan dan percintaan kerana cenderung untuk menyembunyikan perasaan.


HIJAU = Tergolong sebagai yang sangat romantik, menyukai keindahan, alam dan udara yang nyaman. Selalu berpegang kepada prinsip. Manakala dalam percintaan, anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang bertoleransi dan dapat dipercayai.


KUNING = Memiliki sifat optimis, periang dan senang bergaul serta tidak memilki penampilan yang muram. Seseorang yang suka tolong-menolong dan tidak pernah meremehkan orang lain.


UNGU = Seseorang yang benar-benar luar biasa. Tidak pernah ragu-ragu dan setiap pekerjaan yang dilakukan adalah yang terbaik. Pandai mengikuti perkembangan zaman. Manakala dalam percintaan, mereka yang kuat mental yang dapat mendekati dan seterusnya menjadi kekasih anda. 


PUTIH = Banyak orang yang mengagumi kerana sifat anggun, idealis dan moral yang tinggi. Tak pernah angkuh dan senang untuk membantu orang lain.


HITAM = Lincah dalam hal-hal tertentu sahaja. Menjadi murung jika berada dalam lingkungan orang yang tidak disukai. Selalu tampil menarik dan rapi. Ramai yang cuba mengejar dan merebut cinta anda. 


MERAH = Sangat berwibawa. Dapat menahan diri walaupun selalu bersosial dengan yang berlawanan jenis. Termasuk golongan yang sukar untuk jatuh cinta.


So, kalau yang suka warna pink tu camne pulak ek? hehe
Yang tertulis ni tak semestinya tepat 100%..
so kalau nak tau dengan lebih detail lagi,, 
klik terus ke blog di bawah ini ye..hehe..
sumber : 1001rahsiadiri.blogspot.com




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

2 comments:

cik ziera said...

saya suka warna biruuuuuuuuuuuuuuuuu

hidayah abu said...

haha..cik ziera ni..
bkn cik ziera suke wane purple ke?? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers