Monday, July 18, 2011

Ketahui Personaliti Anda Melalui Rambut

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua..
harap-harap sihat saja la hendaknya.. ^_^



korang semua tahu tak yang jenis rambut korang boleh menggambarkan personaliti diri korang sendiri?
so, check it out..! hehe


Rambut Lurus - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa meminta pertolongan.


Rambut Kerinting Tebal - kurang bijak, degil, 
kuat cemburu , romantik, banyak pergaulan tetapi susah dalam menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka termenung.


Rambut Kerinting Negro - bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.


Rambut Ikal Mayang - bijak berfikir sebelum bertindak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.


Rambut Halus Lembut - 
sangat bijak dalam membuat pilihan, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersunguh-sungguh.

Rambut Sikit - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


Rambut Perang - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


Rambut Tebal - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.


Rambut Kusut - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.


Rambut Beruban - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah sendiri.


Rambut Tiada (botak)
- sendiri fikir..hehehe.. maaf tiada dalam kamus personaliti. Nampak macam garang tetapi seorang yang sensitif, manja, romantis tetapi sedikit baran, keras kepala dan bijak menyesuaikan keadaan.


cute kan rambut jang geun suk? * korang nilaikan sendiri personaliti dia camne..hehe..*


Agak-agaknya korang yang mana satu? Janganlah marah kat cik dayah pulak...*sedih au klau korang marah..huhu..
* 
Jika ada sikap yang kurang baik tu kita boleh ubah. Mungkin betul apa yang ditulis, mungkin ada yang tak betul. 
Tetapi kebarangkaliannya hampir 80% betul. Betul tak?.hehe.., korang sahaja yang tahu personaliti korang sendiri.. ;)
Biarlah ia menjadi rahsia, kan?..(sumber daripada junior skool dulu.. =))




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, July 17, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

assalamualaikum,,

masa tengah blogwalking dekat blog-blog member tadi,,
terjumpa 1 segmen yang menarik ni..
so apa lagi.. cik dayah pun nak join gak..

!                                                                             LUNA LANUN !

kepada sesiapa yang nak join boleh la terus ke blog LUNA LANUN

tarikh tutup penyertaan 25/7/2011

selamat berkenalan kawan-kawan..hehe.. =)



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, July 16, 2011

Indahnya Malam Nisfu Syaaban.. =)

assalamualaikum..

alhamdulillah.. hari ni bersamaan 16/7/2011 adalah malam nisfu syaaban..
nisfu tu maksudnya separuh atau setengah so nisfu syaaban ialah setengah daripada bulan syaaban itu sendiri.


ihsan pakcik google.. =)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - sumber www.ikim.gov.my-


maka segala amalan kita dalam bulan Syaaban adalah bermakna sebab telah dinyatakan bahawa yang bulan Syaaban ni sebagai bulan penghapus dosa...
dan Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar..


cik dayah ingat lagi ustazah cik dayah cakap dulu..
apabila bermulanya malam nisfu syaaban, buku amalan kita yang lama akan diangkat ke langit dan buku amalan yang baru pula akan dibuka..
catatan pertama dalam buku amalan baru akan bermula sebaik sahaja waktu maghrib..* dalam islam, hari yang baru akan mula dan tamat pada waktu maghrib..*
jadi sama-samalah kita memanfaatkan bulan syaaban ni dengan amalan-amalan yang baik., dan baiki niat dalam semua pekerjaan yang ingin kita lakukan..
jangan tunggu bulan Ramadhan baru nak buat baik itu ini... * semua bulan tu patutnya buat baik..hehe*

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). - sumber dakwah.org -
Rasulullah bersabda: barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. =)

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, July 14, 2011

sekarang ni memang da musim eh?

assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian..
sekarang ni memang da musim ke?

musim buah ke?
haha..itupun mungkin la kot.. =P
tapi musim yang cik dayah maksudkan ni adalah musim orang TUNANG & KAHWIN..huhu..
banyak je jemputan kahwin dan tunang sekarang ni.. tak menang masa nak hadir kat semua jemputan tu..
mentang-mentang la sekarang ni tengah musim cuti...hehe..* tiba-tiba macam tak puas hati pulak..haha..*


gambar ihsan i luv islam.. =)

kawan-kawan sebaya dan muda daripada cik dayah pun da ada yang da tunang.. nak kahwin pun ada...
tahniah  & selamat pengantin baru kat korang sebab da jumpa pilihan hati masing-masing..
cik dayah doakan semoga kawan-kawan bahagia hingga ke akhir hayat..
kalau gaduh-gaduh manja tu biasala, inikan lidah lagi tergigit..apatah lagi suami isteri..* tiba-tiba feeling nyanyi lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem 3 ABDUL..haha..*

cik dayah masih lagi mencari dan menunggu..* tapi lebih kepada menunggu la..hehe..*
jika dia ditakdirkan untukku, maka dia lah jodohku..* tetibe..hahah..*



p/s : cik dayah tukar gelaran ak tu kepada cik dayah..nampak lebih sopan dan cute..hehe..

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, July 5, 2011

sakit jantung tengok KARAK..

assalamualaikum..
walaupun filem ni da lama keluar..ak nak juga kongsi pendapat ak tentang filem ni..

dalam 12.30 a.m semalam, ak & family ak tengok la filem Karak tu..
tengok dvd je.. takde masa nak tengok-tengok wayang ni..hehe..* da la sebelum tu tengok cerita Damping Malam kat Astro..memang bertambah seram la..*

Filem Karak merupakan terbitan KRU Studios..
dan pada pendapat ak la an, filem ni best sangat..
ada pelbagai elemen yang diterapkan dalam filem ni.. elemen persahabatan, percintaan dan juga elemen Islam itu sendiri..
walaupun selalu ada babak-babak suspen, dengan bunyi efek yang kuat menggegar jantung lagi..fuhh. * banyak tutup mata la dari tengok..seram kot..hehe..*
memang orang yang ada simptom-simptom sakit jantung tu dinasihatkan janganla tengok..hihi

**********

SINOPSIS : KARAK


Mengisahkan tentang pengalaman paranormal 4 orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di Lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.


**********

ada pengajaran la yang ak dapat lepas tengok filem ni..
ramai orang Islam sekarang ni just Islam pada nama je..
tapi semua amalan wajib & sunat jarang or tak diamalkan..
boleh hafal macam-macam surah., tapi makna di sebalik ayat yang kita baca or hafal tu..ramai yang buat endah tak endah.. * korang boleh faham bila tengok bahagian akhir filem ni..*

ending filem ni sedih..huhu.. ;(


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, June 30, 2011

under construction.

assalamualaikum..
buat masa ni.. blog ak dalam mode under construction..
ak ada remove widget-widget yang beratkan blog ak ni...

so snow-snow kat tepi blog ak ni, da takde da..
* sedih... ;( *

maaf ye kawan-kawan.. 
kalau korang singgah blog ni., tapi punya la lambat..hehe



nak juga letak gambar.. hehe * ihsan pak cik google *


tapi, kepada kawan-kawan yang nak singgah kat blog ak ni..
still boleh datang.. just under construction sikit-sikit je..
kalau nak singgah amat-amat la dialu-alukan.. kalau nak follow lagi la dialu-alukan..hehe


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

sibuk ber'cross stitch'

assalamualaikum kawan-kawan..
maaf sangat-sangat sebab da jarang update blog..hehe
sekarang ni ak sibuk sangat menjahit * bukan jahit baju raya..lol..*
ak sedang menjahit gambar-gambar ikut jahitan cross stitch..
hari tu ak terjumpa balik dengan barang jahitan cross stitch ak masa darjah 3 * ak ingat lagi.. masa kelas tunas puteri dulu la, ak belajar benda ni..hihi..*

apa itu cross stitch?
ok.. untuk makluman kawan-kawan semua,
cross stitch merupakan salah satu seni jahitan dan ia ni ialah jahitan yang berbentuk silang pangkah..
kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila lah ke www.yatiandstitch.com * macam-macam info dan pattern cross stitch ada.! *

dan ak sekarang tengah berjinak-jinak kambing dengan jahitan cross stitch ni..hehe
nanti bila da siap, ak tunjukkan hasilnya kat korang semua..haha



gambar ni ihsan daripada blog..  * cantik kan! *



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, June 26, 2011

dah sakit baru gelabah..

assalamualaikum semua..
kenapakah tajuk entry kali ni macam tu ek?
haaa.. sebenarnya, ak nak kongsi sikit kat sini yang kesan sakit masa ak excident dulu, datang menyerang ak balik..* menyerang tu..jangan main-main..haha *

ak rasa ak belum pernah cerita lagi yang masa ak form 4 dulu, ak pernah excident...
entahla macam mana entah ak boleh pulak excident..
tapi yang ak ingat, hari yang ak kena langgar tu... memang rasa tak best dan ada je benda tak kena..
dulu ak duduk dekat asrama, so masa nak balik kampung.. macam biasa la naik bas dekat Seremban dan turun dekat stesen bas Kuala Pilah..
masa tu nak lintas jalan nak pergi tempat ayah ak kerja * tempat kerja ayah ak tu kira dekat la dengan stesen bas tu..*
masa nak lintas jalan dekat simpang 4, kenderaan memang banyak sangat masa tu.. * dalam hati ak da terdetik da,,kenapa la kereta ni banyak sangat..selalu tak macam ni..*
dan masa ak nak lintas jalan..tiba-tiba je gelap.. * ada saksi cakap ak yang langgar kereta tu..ak pun tak pasti..hehe..*

kena masuk wad jugak la walaupun just luka dan bengkak sikit-sikit je masa tu..
ak kena pakai soft collar dekat leher ak ni sebab masa excident, kepala ak tu terhentak dekat cermin kereta orang tu..so macam tergeliat sikit la..
dan lepas excident tu, ak tak pergi berurut sebab ak tak rasa sakit sangat..

tapi,, lepas 5 tahun.. kesan sakit tu timbul balik..
mula-mula ak ingat just sakit pinggang biasa..tapi makin lama makin sakit..
nak duduk, nak rukuk dan nak buat benda lain pun rasa sakit..
nasib baik mak ak ada kawan yang pandai mengurut orang ni..
so tadi baru je lepas sesi urut..* sakit giler..urat ak ade yang bersimpul..huhu..*
esok dan hari seterusnya pun ada lagi sesi urutan tu..
harap-harap la kesihatan ak kembali normal.. Ameen ~~

     

gambar hiasan semata-mata..hehe


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

macam-macam fieldwork

assalamualaikum..
da lama tak update blog.. sorry la ye kepada siapa-siapa yang datang terjah blog ni..
da la entry entah hape-hape, dengan jarang updatenye lagi..sorry banyak-banyak ek..hehe.

ok la..ak nak story sikit apa yang ak dok kaji kat negeri Kelantan Darul Naim tu..
selama seminggu lebih kat sana, kitorang telah pergi lawat 4 buah pantai.. Pantai Cahaya Bulan, Pantai Dasar Sabak, Pantai Tok Bali dan Pantai Bisikan Bayu.
pantai yang paling indah and cantik sekali antara keempat-empat tu adalah Pantai Bisikan Bayu * pada pendapat ak la..n yang paling best sekali,, ak dengar bisikan bayu tu sendiri..sesuai sangatlah dengan nama pantai tu..hehe..*
kitorang dok kaji kadar hakisan yang berlaku kat pantai tu..dan hakisan yang paling teruk sekali kat Pantai Dasar Sabak..
bayangkan, kawasan kampung sangat dekat dengan laut dan ombak pulak kuat sangat kat sana..nasib baiklah ada tembok pemecah ombak kat sana...

lepas tu kitorang ada jugak la melawat sekitar bandar Kota Bharu, Pasar Siti Khadijah dan tempat menarik yang lain lagi..
memang best sangat, tapi yang semua benda yang best mesti ada yang sebaliknya,, tu biar ak dan kawan-kawan ak simpan sendiri la..hehe
tapi ak memang tak berapa nak adapt dengan makanan orang pantai timur ni..* ya ampun..manis bangat sih...huhu..*
dan daripada pemerhatian ak..kebanyakan orang belah pantai timur ni hensem-hensem dan comey-comey belaka..hehe..* haha..lecturer suruh kaji benda lain..ak pergi kaji orang pulak.. hahah..*

ni antara gambar-gambar yang diambil masa berkajian lapangan kat sana..



ni pict sekitar TESCO kat bandar KB..



tengokla air dia yang kotor dan busuk ni..habis air sungai kotor sebab dorang alirkan sisa kumbahan ke dalam Sungai Kelantan.



Pasar Siti Khadijah.. =D



tembok pemecah ombak dekat Pantai Tok Bali..



ombak yang cantik dekat Pantai Tok Bali..hehe



warna-warni kertas pembentangan kitorang..haha



ahli kumpulan ... enjoy!!



bersama kawan-kawan kat Pantai Dasar Sabak..



antara kawan-kawan yang ada..



aduhh.. ayunye berbaju kurung..hehe



tengok!! kawasan kampung dekat dengan ombak..hanya dipisahkan dengan batu-batu besar..



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, June 15, 2011

sibuk la sangat kan..!!

assalamualaikum..


baru je beberapa hari pulang daripada berkajian lapangan kat Kelantan Darul Naim..
so entry kali juz nak cakap ak sangat penat-giler-bagai-pening + senggugut kat sana * hiperbola betul la..heh..*
macam-macam masalah timbul tapi,,,
nasib baik fieldwork kat sana best bangat.. =))


ok la, nanti ak story lagi apa yang ak & kawan2 ak dok kaji kat sana..
kena siapkan report before 21 haribulan ni...* baru siap 4 pages je...woooo...*
padahal ada beberapa hari boleh taip sikit2..tapi penyakit ak yang 1 ni memang memeningkan kepala ak la..


penyakit M----



ada orang cakap kitorang pergi main salji...haha..pandai orang yang edit gambar ni.. =D





About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers