Thursday, June 30, 2011

under construction.

assalamualaikum..
buat masa ni.. blog ak dalam mode under construction..
ak ada remove widget-widget yang beratkan blog ak ni...

so snow-snow kat tepi blog ak ni, da takde da..
* sedih... ;( *

maaf ye kawan-kawan.. 
kalau korang singgah blog ni., tapi punya la lambat..hehe



nak juga letak gambar.. hehe * ihsan pak cik google *


tapi, kepada kawan-kawan yang nak singgah kat blog ak ni..
still boleh datang.. just under construction sikit-sikit je..
kalau nak singgah amat-amat la dialu-alukan.. kalau nak follow lagi la dialu-alukan..hehe


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

sibuk ber'cross stitch'

assalamualaikum kawan-kawan..
maaf sangat-sangat sebab da jarang update blog..hehe
sekarang ni ak sibuk sangat menjahit * bukan jahit baju raya..lol..*
ak sedang menjahit gambar-gambar ikut jahitan cross stitch..
hari tu ak terjumpa balik dengan barang jahitan cross stitch ak masa darjah 3 * ak ingat lagi.. masa kelas tunas puteri dulu la, ak belajar benda ni..hihi..*

apa itu cross stitch?
ok.. untuk makluman kawan-kawan semua,
cross stitch merupakan salah satu seni jahitan dan ia ni ialah jahitan yang berbentuk silang pangkah..
kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila lah ke www.yatiandstitch.com * macam-macam info dan pattern cross stitch ada.! *

dan ak sekarang tengah berjinak-jinak kambing dengan jahitan cross stitch ni..hehe
nanti bila da siap, ak tunjukkan hasilnya kat korang semua..haha



gambar ni ihsan daripada blog..  * cantik kan! *



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, June 26, 2011

dah sakit baru gelabah..

assalamualaikum semua..
kenapakah tajuk entry kali ni macam tu ek?
haaa.. sebenarnya, ak nak kongsi sikit kat sini yang kesan sakit masa ak excident dulu, datang menyerang ak balik..* menyerang tu..jangan main-main..haha *

ak rasa ak belum pernah cerita lagi yang masa ak form 4 dulu, ak pernah excident...
entahla macam mana entah ak boleh pulak excident..
tapi yang ak ingat, hari yang ak kena langgar tu... memang rasa tak best dan ada je benda tak kena..
dulu ak duduk dekat asrama, so masa nak balik kampung.. macam biasa la naik bas dekat Seremban dan turun dekat stesen bas Kuala Pilah..
masa tu nak lintas jalan nak pergi tempat ayah ak kerja * tempat kerja ayah ak tu kira dekat la dengan stesen bas tu..*
masa nak lintas jalan dekat simpang 4, kenderaan memang banyak sangat masa tu.. * dalam hati ak da terdetik da,,kenapa la kereta ni banyak sangat..selalu tak macam ni..*
dan masa ak nak lintas jalan..tiba-tiba je gelap.. * ada saksi cakap ak yang langgar kereta tu..ak pun tak pasti..hehe..*

kena masuk wad jugak la walaupun just luka dan bengkak sikit-sikit je masa tu..
ak kena pakai soft collar dekat leher ak ni sebab masa excident, kepala ak tu terhentak dekat cermin kereta orang tu..so macam tergeliat sikit la..
dan lepas excident tu, ak tak pergi berurut sebab ak tak rasa sakit sangat..

tapi,, lepas 5 tahun.. kesan sakit tu timbul balik..
mula-mula ak ingat just sakit pinggang biasa..tapi makin lama makin sakit..
nak duduk, nak rukuk dan nak buat benda lain pun rasa sakit..
nasib baik mak ak ada kawan yang pandai mengurut orang ni..
so tadi baru je lepas sesi urut..* sakit giler..urat ak ade yang bersimpul..huhu..*
esok dan hari seterusnya pun ada lagi sesi urutan tu..
harap-harap la kesihatan ak kembali normal.. Ameen ~~

     

gambar hiasan semata-mata..hehe


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

macam-macam fieldwork

assalamualaikum..
da lama tak update blog.. sorry la ye kepada siapa-siapa yang datang terjah blog ni..
da la entry entah hape-hape, dengan jarang updatenye lagi..sorry banyak-banyak ek..hehe.

ok la..ak nak story sikit apa yang ak dok kaji kat negeri Kelantan Darul Naim tu..
selama seminggu lebih kat sana, kitorang telah pergi lawat 4 buah pantai.. Pantai Cahaya Bulan, Pantai Dasar Sabak, Pantai Tok Bali dan Pantai Bisikan Bayu.
pantai yang paling indah and cantik sekali antara keempat-empat tu adalah Pantai Bisikan Bayu * pada pendapat ak la..n yang paling best sekali,, ak dengar bisikan bayu tu sendiri..sesuai sangatlah dengan nama pantai tu..hehe..*
kitorang dok kaji kadar hakisan yang berlaku kat pantai tu..dan hakisan yang paling teruk sekali kat Pantai Dasar Sabak..
bayangkan, kawasan kampung sangat dekat dengan laut dan ombak pulak kuat sangat kat sana..nasib baiklah ada tembok pemecah ombak kat sana...

lepas tu kitorang ada jugak la melawat sekitar bandar Kota Bharu, Pasar Siti Khadijah dan tempat menarik yang lain lagi..
memang best sangat, tapi yang semua benda yang best mesti ada yang sebaliknya,, tu biar ak dan kawan-kawan ak simpan sendiri la..hehe
tapi ak memang tak berapa nak adapt dengan makanan orang pantai timur ni..* ya ampun..manis bangat sih...huhu..*
dan daripada pemerhatian ak..kebanyakan orang belah pantai timur ni hensem-hensem dan comey-comey belaka..hehe..* haha..lecturer suruh kaji benda lain..ak pergi kaji orang pulak.. hahah..*

ni antara gambar-gambar yang diambil masa berkajian lapangan kat sana..



ni pict sekitar TESCO kat bandar KB..



tengokla air dia yang kotor dan busuk ni..habis air sungai kotor sebab dorang alirkan sisa kumbahan ke dalam Sungai Kelantan.



Pasar Siti Khadijah.. =D



tembok pemecah ombak dekat Pantai Tok Bali..



ombak yang cantik dekat Pantai Tok Bali..hehe



warna-warni kertas pembentangan kitorang..haha



ahli kumpulan ... enjoy!!



bersama kawan-kawan kat Pantai Dasar Sabak..



antara kawan-kawan yang ada..



aduhh.. ayunye berbaju kurung..hehe



tengok!! kawasan kampung dekat dengan ombak..hanya dipisahkan dengan batu-batu besar..



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Wednesday, June 15, 2011

sibuk la sangat kan..!!

assalamualaikum..


baru je beberapa hari pulang daripada berkajian lapangan kat Kelantan Darul Naim..
so entry kali juz nak cakap ak sangat penat-giler-bagai-pening + senggugut kat sana * hiperbola betul la..heh..*
macam-macam masalah timbul tapi,,,
nasib baik fieldwork kat sana best bangat.. =))


ok la, nanti ak story lagi apa yang ak & kawan2 ak dok kaji kat sana..
kena siapkan report before 21 haribulan ni...* baru siap 4 pages je...woooo...*
padahal ada beberapa hari boleh taip sikit2..tapi penyakit ak yang 1 ni memang memeningkan kepala ak la..


penyakit M----



ada orang cakap kitorang pergi main salji...haha..pandai orang yang edit gambar ni.. =D





About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friday, May 27, 2011

mari ber'fieldwork' ..

assalamualaikum dan haloo Malaysia..heheh

esok group kos kitorang akan ke Kelantan untuk berfieldwork a.k.a. ber'kajian lapangan'
agak nervous ye nak pergi sana..huhu.. * 1st time kot nak pergi Kelantan..excited gilak..haha..*
harap-harap la ak dapat menimba ilmu dan pengalaman baru dekat sana..
dan dalam masa yang sama boleh jugak nak shopping2 sikit..hehe..* itu pun kalau ada masa..huh..*
barang2 yang kena bawa pergi sana da siap packing..tapi risau jugak, kalau ada barang tertinggal..
banyak kot barang.. sampai beg roda pun tak cukup..* padahal seminggu je kot kat sana..haha..*



tadi ak ada survey jugak bas Mutiara ni camne.. maybe camni la kot bas yang akan kitorang naik nanti.. * imagine jap..hehe..*

doakan kami selamat pergi dan selamat sampai...
= )

till then...



About Me Myspace Comments


Tuesday, May 24, 2011

Rahsia Warna Kegemaran Mengikut Gender..

assalamualaikum..
semua orang kat dunia ni mesti ada warna kegemaran...* tipu la kalau takde favourite colour an?..haha,,*
dan setiap warna yang seseorang suka , dapat menggambarkan peribadi seseorang tu macam mana..
dan ia berbeza mengikut gender..* ye la..kalau untuk perempuan, mesti la lemah-lembut n lain2..lelaki pulak lain tafsirannya..hehe..*
so kalau nak tau apa maksud warna kegemaran korang :




BAGI LELAKI :


PUTIH = Lambang kesucian n kesegaran, simbol bagi seseorang yang ingin memulakan hidup baru dan juga lambang kebersihan dan kebolehan professional. 


MERAH = Lambang tenaga fizikal, kebaikannya bagi pemakai ialah dapat menyelesaikan kerja-kerjanya tetapi daripada sudut negatif ia melambangkan paksaan dan agresif. Warna ini juga turut dikaitkan dengan tenaga seksual dan kemarahan. 


JINGGA = Campuran warna MERAH dan PUTIH . Melambangkan sifat kewanitaan, cinta, kelembutan dan perasaan. 


OREN = Campuran warna MERAH dan KUNING . Melambangkan kekuatan, pencapaian dan pembelajaran. 


KUNING = Warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual. Merupakan warna yang baik bagi sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Kadang-kadang warna ini juga dianggap sebagai warna yang memaksa dan sikap pengecut. 


HIJAU = Campuran warna BIRU dan KUNING . Warna alam dan dikaitkan dengan pertumbuhan dan pembaikan. Ia juga warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan menolong atau mengubati orang lain. Merupakan warna yang baik untuk menenangkan fikiran tetapi sering dikaitkan dengan sifat cemburu. 


UNGU = Warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Dikaitkan dengan mempunyai pengetahuan yang khas dalam bidang kerohanian. 


HITAM = Melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga turut melambangkan sifat 'sofisticated' dan boleh menyesuaikan diri. 


COKLAT = Tanda banyak wang dan pengasih serta mempunyai prospek masa depan.


BAGI WANITA :


BIRU = Tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Melambangkan ketenangan dan kedamaian. Selalu mengalami kesulitan dalam pergaulan dan percintaan kerana cenderung untuk menyembunyikan perasaan.


HIJAU = Tergolong sebagai yang sangat romantik, menyukai keindahan, alam dan udara yang nyaman. Selalu berpegang kepada prinsip. Manakala dalam percintaan, anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang bertoleransi dan dapat dipercayai.


KUNING = Memiliki sifat optimis, periang dan senang bergaul serta tidak memilki penampilan yang muram. Seseorang yang suka tolong-menolong dan tidak pernah meremehkan orang lain.


UNGU = Seseorang yang benar-benar luar biasa. Tidak pernah ragu-ragu dan setiap pekerjaan yang dilakukan adalah yang terbaik. Pandai mengikuti perkembangan zaman. Manakala dalam percintaan, mereka yang kuat mental yang dapat mendekati dan seterusnya menjadi kekasih anda. 


PUTIH = Banyak orang yang mengagumi kerana sifat anggun, idealis dan moral yang tinggi. Tak pernah angkuh dan senang untuk membantu orang lain.


HITAM = Lincah dalam hal-hal tertentu sahaja. Menjadi murung jika berada dalam lingkungan orang yang tidak disukai. Selalu tampil menarik dan rapi. Ramai yang cuba mengejar dan merebut cinta anda. 


MERAH = Sangat berwibawa. Dapat menahan diri walaupun selalu bersosial dengan yang berlawanan jenis. Termasuk golongan yang sukar untuk jatuh cinta.


So, kalau yang suka warna pink tu camne pulak ek? hehe
Yang tertulis ni tak semestinya tepat 100%..
so kalau nak tau dengan lebih detail lagi,, 
klik terus ke blog di bawah ini ye..hehe..
sumber : 1001rahsiadiri.blogspot.com




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Monday, May 23, 2011

kawan macam .......

assalamualaikum..

kawan macam HOT fm sebab dia lebih hangat daripada biasa.. Onion Icon
Onion Icons tapi kawan juga macam NTV 7 sebab dia ceria selalu..  
tapi rasa kawan ni macam TV3 sebab sentiasa di sisi.. MSN Onion Emoticon
tapi yang paling penting, kawan ni macam TV9 sebab dekat di hati.. Onion Icon


 smile always...ngeee  


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Izzlorna.com 1st Special Giveaway :D

assalamualaikum...

ngeee~~ 


tiba-tiba rasa nak join giveaway la pulak an..* ter'excited la pulak..haha..*
mana la tau..kot-kot ade rezeki menang ke an??
da la hadiah-hadiah dia best-best...
memang secara langsung tak langsung la nak join giveaway ni..hehe

kalau anda semua nak join..sila klik SINI

saya nak tag : 





tarikh penyertaan giveaway ni 10 / 4 / 2011 ~ 30 / 5 / 2011
sempat lagi kalau nak join..hihi..



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friday, May 20, 2011

TAKLEMPONG (caklempong) UNIVERSITI MALAYA KO-K SEM 2 SESI 2010/2011

assalamualaikum kawan2..

petang2 macam ni, ak nak update sikit la pasal taklempong..
ok, dulu ak pernah tulis 1 entry pasal taklempong or caklempong ni.. ni entry terdahulu..

so dulu ak juz story sikit pasal caklempong,
n sekarang ni ak nak story pulak pengalaman ak n kawan2 yang ambil subjek tu untuk memenuhi syarat wajib universiti..* subjek wajib ko-k, tapi boleh pilih nak ape2 muzik or lain2..*
haha..masa mula2 join n masuk kelas ni..memang macam excited yang teramat la an..
best memang best.. tapi makin lama makin stress..
subjek ko-k yang berteraskan muzik n tarian kena perform on stage..* giler tak cuak kalau naik stage..hihi*

ak tak kisah la sangat kan nak perform, sebab memang ak da lama sangat nak main caklempong ni...
so dengan berani-berani kucingnya ak nak jugak la tunjuk kat kawan2 ak yang ak boleh main..hihi
n ada jugak la kawan2 ak yang tengok masa group kitorang rehearsal tu cakap.. " giler syok korang main..macam pro je.." * mau tak kembang kitorang ni..haha*

biasala..sebelum perform tu, mesti ada punya la masalah-masalah teknikal n psikologi..
n berkat kesabaran group kitorang...akhirnya kitorang dapat perform jugak...
gambar kat bawah ni la antara kawan2 ak yang join untuk subjek caklempong ni...



nampak tak kitorang pegang apa tu? benda bulat tu dipanggil 'bonang'




ahli caklempong untuk sesi 2010/2011




kakak2 senior yang sporting..




ketuk jangan tak ketuk..hehe




kami lagi..




boys..




berlatih di luar dewan untuk hasil yang ummpph..hihi


n ak sertakan sekali video yang sempat dirakam oleh mereka2 * terima kasih banyak2 ye kepada siapa2 yang merakam..jasa kalian sangat2 lah dihargai..hehe..*
maybe kitorang tak la hebat sangat main caklempong ni..masing2 beginner kot...
so kalau dengar kitorang main macam ade salah or kurang sedap..harap dimaafkan ye...=)
* ak yang duduk kat tengah2 tu..hehe..*




maaf video blur sikit,,,
kalau nak tengok dengan lebih ok, klik untuk terus ke you tube..hehe



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers