Sunday, November 20, 2011

hari tanpa beg plastik

assalamualaikum kawan-kawan..

korang perasan tak kalau hari sabtu mesti ade kempen hari tanpa beg plastik tu kan kat supermarket-supermarket...
terutamanya kat Tesco, Carrefour & supermarket yang lain la..
kalau nak sangat gune beg plastik tu pun dia charge 1 plastik 20 sen..
cube bayangkan, watnye barang-barang yang kite beli tu banyak.. berapa beg palstik kite kena beli..
semua tu darab dengan 20 sen.. tak ke da lari bajet beli-belah tu..hehe


-google-

rasa macam best je bila dapat menyumbang kepada our earth ni kan?
dengan berkurangnya beg plastik ni, secara tak langsung dapat save our earth ni..*macam nak wat esaimen pulak an.. except bahasa campur bm bi tu la..haha*

siyesly rase puas bile shopping n barang-barang yang kite beli tu letak dalam beg kain or kertas..
barula terasa yang selama ni kita ni student geografi..
beramal dengan ilmu yang dipelajari..tak gitu kawan2..haha..


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, November 3, 2011

kemeriahan assignment..

assalamualaikum semua..
ok..tajuk memang hiperbola sangat la kan..

5 assignment kena hantar lepas cuti seminggu raya haji ni.. * plus kena wat bab 1 untuk tesis..*
memang heaven giler la balik cuti ni.. * tangan ke dada & mata pandang ke atas..*

ok fine! mood stress da nak datang..
dewaowarimashou.. =P




- google -



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, October 22, 2011

The Proposal..

Assalamualaikum..
disebabkan permintaan kawan-kawan semua.. * bajet femes,,hihi*
cik dayah update sikit apa yang cik dayah duk bz buat sekarang ni..

cik dayah tengah tunggu orang propose cik dayah ni..* ok.. memang tipu la kan..=p*
sebenarnya, cik dayah amat-amat la bz yang teramat sangat la ni..
nak siapkan proposal untuk penyelia latihan ilmiah tengok..
kot ok tajuk & proposal tu,, Alhamdulillah..
tapi kot tak ok tajuk tesisnya.. kena la buat balik proposal tu bagi penyelia puas hati..

hmm..memang pening kepala pikir tajuk apa yang sesuai nak buat kajian ni..
kalau da tajuk ok,, nak kena buat interview, soal selidik & minta data kat jabatan kerajaan..
ingatkan bila da 3rd year ni, matang la sikit dalam buat keputusan segala bagai ni.. tapi.. lagi serabut nak pikir ada la..huhu.. ; (


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, September 29, 2011

Go Genting!

Assalamualaikum..
Da lama cik dayah tak update blog kan..
So entry kali ni cik dayah nak kongsi sikit pengalaman cik dayah bergumbira di Genting Highlands baru-baru ni.

Sebenarnya, kitorang da lama sangat rancang nak pergi Genting ni..  
* dari 1st year lagi kot duk rancang*,
Alhamdulillah, masa 3rd ni la baru la dapat pergi dengan kawan-kawan..
Rasa macam heksited sangat la kan dapat pergi sana..* ye la, kawan-kawan yang study dekat U jauh pun da pergi, ni kan pulak kita ni yang study dekat ni..hihi..*

Cik dayah tak suka sangat naik skyway @ cable car ni... bukannya apa.. pening kepala ni..

 Ok la.. nak upload pict sikit..hehe




masa ni baru je sampai dekat Genting..



kawan-kawan yang pergi.. pakej untuk 13 orang sekali.. baru jimat..hehe



time ni da sampai kat atas Genting tu.. muka memasing excited je..hehe



nampak scene yang cantik je, mesti nak ambil gambar..huhu



pirate ship! takut + malu..huhu


ni la skyway yang digunakan untuk naik ke atas.. 3.4 km panjang kot..


Secara keseluruhannya, pengalaman kat sana memang best bangat..
Terutamanya time masuk Snow World,, sejuk giler,, sampai sakit kaki & tangan ni..
Time naik Pirate Ship tu yang paling malu sekali..
Boleh pulak cik dayah menangis, rasa takut yang amat.. rasa macam nak terbang je naik benda tu.. Jantung ni rasa macam jatuh,, takut sangat.. sampai sekarang kawan-kawan cik dayah tak boleh lupa muka cik dayah time naik Pirate Ship tu...
MALU!!! hahahaha.. =p


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, September 18, 2011

Nak daki Broga Hill..!

Assalamualaikum..
Da lama teringin nak daki bukit or gunung..
Masuk gua da suda.. nak try gak daki-daki bukit ni...

Ramai cakap yang view kat atas Broga Hill ni superb yang amat..
Nak gak try tengok dengan mata sendiri..



Macam best je kan? hehe (sumber : Google)


Haha.. badan kecik.. tapi suka aktiviti lasak! haha..

=D


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, September 17, 2011

Da Jumpa Lelaki Idaman


Assalamualaikum semua..
Bila cakap pasal lelaki idaman ni.. sampai bila-bila pun tak habis..
Lain orang lain taste dia.. tak gitu? Hehe

Semalam, masa cik dayah pergi kedai buku dekat Mid Valley..
Tiba-tiba cik dayah rasa macam da jumpa lelaki idaman cik dayah..
Masa tu cik dayah just lalu je sebelah dia,, & tiba-tiba diri cik dayah  rasa macam nak senyum lebar je..hehe
& tak semena-mena terdetik kat hati ni.. “macam ni la ciri-ciri lelaki  idaman aku”
Hahaha.. tiba-tiba je rasa macam tu, padahal cik dayah tak kenal pun siapa lelaki tu, muka pun tak nampak, just nampak belakang dia je kot..hihi
Rasa selamat je bila lalu sebelah dia..* tetiba je..haha..*

Dia tak kurus or berisi sangat, biasa-biasa je.. & yang paling penting, cik dayah ni just tinggi bahu dia je kot! Tu yang rasa macam termasuk je dalam ciri-ciri lelaki idaman..heheh..



p/s = don't worry if you're still single..God is looking at you right now saying " i'm saving this girl for someone special " =)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, September 13, 2011

ish.. ish.. ish.. budak-budak sekarang..

assalamualaikum..
sebelum kelas start hari tu.. cik dayah ada la join rombongan cik kiah ke K.L
ada rumah terbuka, kalau tak silap..dekat kediaman menteri besar K.L.

dalam bas yang cik dayah naik tu.. ada la beberapa orang budak umur 3 or 4 tahun yang ikut sekali..
memang riuh la bas tu dengan suara diorang je..
dengan menyanyi lagu 'poie pokan' tu lagi.. memang lawak la.. haha..
biasala kalau naik bas.. mesti kita dapat tengok macam-macam jenis kereta yang ada kat jalan raya tu..

yang mantapnya.. diorang tahu je jenis kereta yang lalu kat sana..
"eh itu Lotus la.. Mers (Mercedes) la..*cakap Mers je.. bagus..bagus..*, Jaguar la.. BMW la.. * dorang panggil BM je kot.. * porsche la.." & macam-macam lagi la..

tapi yang peliknya, semua jenis kereta yang diorang sebut tu.. semua kereta-kereta import..
kereta Malaysia macam proton ke apa ke.. takde pulak diorang nak excited sebut,,
budak-budak sekarang ni, lagi maju daripada orang dewasa.. haha..
& kereta idaman diorang semuanya kereta yang canggih-canggih & mahal-mahal.. kelas gitu..hehe

cik dayah pun tak berapa nak dapat beza kereta Mers dengan BMW.. hahaha =P


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, September 11, 2011

tingginya tingkat 4!!

assalamualaikum..
hari ni selamat la sudah cik dayah check in kat hotel takde bintang kat UM ni..

beratur2 je.. terus dapat bilik kat tingkat 4..* blur giler masa masuk bilik tu..masing2,, muka macam..hmm.. hahah..*

tingkat 4 pun 4 la..janji dapat bilik..huhu..
tapi macam sunyi je blok ni.. rasa macam lain macam sikit..hehe..

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Monday, August 8, 2011

Setengah Mati Merindu..


Assalamualaikum semua.. =)
Lepas sahur tadi, cik dayah tengok la channel astro hitz kat astro.. * takde cerita yang best pagi-pagi ni.. so layan lagu + tengok klip video lagi best..hihi..*
& ada 1 lagu ni best + syok bangat untuk didengar..
Cik dayah nak kongsi lirik lagu dia yang cik dayah jumpa di liriklaguindonesia.net * siapa yang minat dengan lagu-lagu dari Indonesia? Angkat tangan.. hehe.. *


Setengah mati merindu - Judika

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana


mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain


mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku terus terang
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu


mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)


aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu


aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu




klik video untuk dengar lagu.. =)


p/s : tak guna ingat kat orang yang tak ingat kat kita….. * ter’emo’ jap.. hahah..*
        bila da besar ni.. macam-macam hal jadi....


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friday, August 5, 2011

Beza puasa di rumah & di kampus..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah da 5 hari kita puasa..
Cik dayah nak kongsi sikit pengalaman cik dayah puasa kat kampus & kat rumah..
Tetibe rasa macam tak biasa je puasa kat rumah..
Ye la dulu boleh dikatakan puasa kat kampus je.. nak balik rumah pun fikir 2, 3 kali..* jimat duit la katakan, padahal rumah bukannya jauh sangat pun..haha..*

Puasa di kampus :

1. Rasa penat sebab nak kena jalan pergi fakulti,, nak kena datang kuliah lagi.. tapi demi ilmu ku turutkan jua..* poyo je..hihi *
2. Cik dayah duduk kat kolej kediaman, so makanan sahur & buka puasa mak cik DM da sediakan.. tu yang best tu..haha
3. Tapi kena turun pukul 2 pagi ambik makanan sahur kat DM.. kalau tak bangun nampak gaya kena makan biskut + air milo je la..
4. Kalau nak beli juadah lain, boleh beli kat bazar ramadan kat dalam or luar kampus.. bazar kat luar kampus lagi best kot, banyak pilihan,, * tapi kena ada fulus la.. kalau takde, terpaksa la buat muka kesian kat kawan2 yang beli tu..hahaha.. *
5. Dapat buka puasa dengan kawan-kawan, coursemates & lecturer.. * kadang2 fakulti buat buka puasa.. time tu la dapat bedal makanan free & best2,,hihi..*
6. Tapi rasa sayu je hati ni.. kawan-kawan lain boleh puasa dengan family.. tapi kita ni duduk terperap je la kat kolej tu.. =(
7. Time nak beli baju raya best jugak.. keluar shopping dengan kawan2.. kalau boleh nak round 1 K.L tu nak beli baju.. * padahal cuci mata je lebih tengok baju yang comey2, tapi bila tengok harga terus blah tempat lain..haha..*

Puasa di rumah :

1. Tak rasa penat sangat sebab cik dayah bukannya kerja time cuti 4 bulan ni..haha.. * abah tak bagi cik dayah kerja,,huhu..*
2. Makanan sahur & buka puasa mak & cik dayah sediakan.. * tapi mak la lebih banyak sediakan..haha..*
3. Sahur kat rumah ada orang kejutkan.. so tak payah nak risau kalau takut terlajak tido..hehe
4. Kalau nak pergi bazar ramadan kena tunggu ada orang offer dulu baru la boleh pergi.. Yang bestnye kita tak payah susah-susah nak keluarkan duit.. semuanya parent bayarkan..hihi.
5. Buka puasa dengan family.. macam-macam juadah ada.. macam-macam cerita ada time nak buka puasa nanti..
6. Bila da dapat puasa dekat rumah.. puasa dengan family.. dengan tidak semena-mena teringat pulak kawan dekat kampus.. * rindu kot.. *
7. Time nak beli baju raya yang paling best.. disebabkan cik dayah tak kerja lagi, duit beli baju semua ditanggung beres.. bukan setakat kat n9 je boleh pergi beli.. ke Tangkak, Johor pun family cik dayah da rayau beli baju..hehe



antara juadah berbuka di rumah.. ^_^


Semua tu pengalaman cik dayah berpuasa..
Time duduk asrama kat sekolah dulu.. rasa bulan puasa ni terisi sikit,,
tapi sekarang..hurmm..

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers