Saturday, January 21, 2012

berkorban demi tesis.... ;)

assalamualaikum..

exam da habis tapi masih rasa berat hati...
aarrggghhh.. terlupa sekejap pasal tesis.. kena submit bab 2 & bab 3 tesis sebelum 31 Jan ni..
aduii,, da la bab 2 baru wat sikit,, banyak lagi yang tak siap ni..

pergi library nak cari buku pasal tesis lagi tension daripada nak cari buku untuk exam..
mesti wat terbaik untuk tesis ni.. 6 jam kredit kot...
xberbaloi kalau buat sambil lewa je.. *fighting dayah! haha,...*

mak & abah.. maaf sangat-sangat..
akak tak balik raya cina ni..
sedih sangat.................

Saturday, December 31, 2011

study week again..

assalamualaikum..
ok.. memang da lama tak hupdate blog pink ni..

study week yang rasa macam bukan study week je,,,
rasa macam da study.. tapi tak tau pe bende yang duk study tu..

study dalam bilik pun, bukannya membantu pun.. lagi banyak termenung daripada study.. *da la stay up sorang2..hmmm..*

time2 genting nak exam ni la mood nak wat kraftangan bagai ni wujud dalam diriku yang tak seberapa kreatif ni..haha!. *ayat skema.. ;)*

lepas abis exam ni kena siapkan bab 2 & bab 3 tesis..

my luvely cross stitch floss & others,, wait for me k!
anda akan disayangi dan dibelai sepenuhnya cuti nanti!.. ahhhaaa.. =P

Tuesday, December 6, 2011

ombak rindu... ku rindu padamu..


ombak rindu 
-google-


assalamualaikum semua..
lama giler xhupdate blog!

juz a quick update..
movie ombak rindu ni best sangat!
cik dayah bagi 9 setengah bintang per 10..haha
walaupun jalan cerita dia lari dari dalam novel tapi 1 je nak cakap, lakonan maya karin & aaron aziz memang mantap la...

ade part yang sedih sangat dalam cite ni...
haha.. rasa kelakar je bila ingat balik masa tengok wayang hari tu..
permulaan cite ni, cik dayah da nangis da.. tak boleh nak cover langsung..haha..
rugi sape-sape yang belum tengok lagi..
skang ni cite ni da masuk carta box office filem kat Malaysia kot..
kalah cite twilight si vampire handsome tu..*handsome ke?,, haha*


novel ombak rindu 
- cik google lagi-

rasa nak beli je novel ni! walaupun da pernah baca tapi nak baca lagik! haha.
ada tak cover novel macam ni lagi ye? hari tu tengok kat MPH kulit novel ni sama macam poster movie ombak rindu tu la pulak...
tak syok la camni...hahahaha..




About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, November 20, 2011

hari tanpa beg plastik

assalamualaikum kawan-kawan..

korang perasan tak kalau hari sabtu mesti ade kempen hari tanpa beg plastik tu kan kat supermarket-supermarket...
terutamanya kat Tesco, Carrefour & supermarket yang lain la..
kalau nak sangat gune beg plastik tu pun dia charge 1 plastik 20 sen..
cube bayangkan, watnye barang-barang yang kite beli tu banyak.. berapa beg palstik kite kena beli..
semua tu darab dengan 20 sen.. tak ke da lari bajet beli-belah tu..hehe


-google-

rasa macam best je bila dapat menyumbang kepada our earth ni kan?
dengan berkurangnya beg plastik ni, secara tak langsung dapat save our earth ni..*macam nak wat esaimen pulak an.. except bahasa campur bm bi tu la..haha*

siyesly rase puas bile shopping n barang-barang yang kite beli tu letak dalam beg kain or kertas..
barula terasa yang selama ni kita ni student geografi..
beramal dengan ilmu yang dipelajari..tak gitu kawan2..haha..


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, November 3, 2011

kemeriahan assignment..

assalamualaikum semua..
ok..tajuk memang hiperbola sangat la kan..

5 assignment kena hantar lepas cuti seminggu raya haji ni.. * plus kena wat bab 1 untuk tesis..*
memang heaven giler la balik cuti ni.. * tangan ke dada & mata pandang ke atas..*

ok fine! mood stress da nak datang..
dewaowarimashou.. =P




- google -



About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, October 22, 2011

The Proposal..

Assalamualaikum..
disebabkan permintaan kawan-kawan semua.. * bajet femes,,hihi*
cik dayah update sikit apa yang cik dayah duk bz buat sekarang ni..

cik dayah tengah tunggu orang propose cik dayah ni..* ok.. memang tipu la kan..=p*
sebenarnya, cik dayah amat-amat la bz yang teramat sangat la ni..
nak siapkan proposal untuk penyelia latihan ilmiah tengok..
kot ok tajuk & proposal tu,, Alhamdulillah..
tapi kot tak ok tajuk tesisnya.. kena la buat balik proposal tu bagi penyelia puas hati..

hmm..memang pening kepala pikir tajuk apa yang sesuai nak buat kajian ni..
kalau da tajuk ok,, nak kena buat interview, soal selidik & minta data kat jabatan kerajaan..
ingatkan bila da 3rd year ni, matang la sikit dalam buat keputusan segala bagai ni.. tapi.. lagi serabut nak pikir ada la..huhu.. ; (


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Thursday, September 29, 2011

Go Genting!

Assalamualaikum..
Da lama cik dayah tak update blog kan..
So entry kali ni cik dayah nak kongsi sikit pengalaman cik dayah bergumbira di Genting Highlands baru-baru ni.

Sebenarnya, kitorang da lama sangat rancang nak pergi Genting ni..  
* dari 1st year lagi kot duk rancang*,
Alhamdulillah, masa 3rd ni la baru la dapat pergi dengan kawan-kawan..
Rasa macam heksited sangat la kan dapat pergi sana..* ye la, kawan-kawan yang study dekat U jauh pun da pergi, ni kan pulak kita ni yang study dekat ni..hihi..*

Cik dayah tak suka sangat naik skyway @ cable car ni... bukannya apa.. pening kepala ni..

 Ok la.. nak upload pict sikit..hehe




masa ni baru je sampai dekat Genting..



kawan-kawan yang pergi.. pakej untuk 13 orang sekali.. baru jimat..hehe



time ni da sampai kat atas Genting tu.. muka memasing excited je..hehe



nampak scene yang cantik je, mesti nak ambil gambar..huhu



pirate ship! takut + malu..huhu


ni la skyway yang digunakan untuk naik ke atas.. 3.4 km panjang kot..


Secara keseluruhannya, pengalaman kat sana memang best bangat..
Terutamanya time masuk Snow World,, sejuk giler,, sampai sakit kaki & tangan ni..
Time naik Pirate Ship tu yang paling malu sekali..
Boleh pulak cik dayah menangis, rasa takut yang amat.. rasa macam nak terbang je naik benda tu.. Jantung ni rasa macam jatuh,, takut sangat.. sampai sekarang kawan-kawan cik dayah tak boleh lupa muka cik dayah time naik Pirate Ship tu...
MALU!!! hahahaha.. =p


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Sunday, September 18, 2011

Nak daki Broga Hill..!

Assalamualaikum..
Da lama teringin nak daki bukit or gunung..
Masuk gua da suda.. nak try gak daki-daki bukit ni...

Ramai cakap yang view kat atas Broga Hill ni superb yang amat..
Nak gak try tengok dengan mata sendiri..



Macam best je kan? hehe (sumber : Google)


Haha.. badan kecik.. tapi suka aktiviti lasak! haha..

=D


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday, September 17, 2011

Da Jumpa Lelaki Idaman


Assalamualaikum semua..
Bila cakap pasal lelaki idaman ni.. sampai bila-bila pun tak habis..
Lain orang lain taste dia.. tak gitu? Hehe

Semalam, masa cik dayah pergi kedai buku dekat Mid Valley..
Tiba-tiba cik dayah rasa macam da jumpa lelaki idaman cik dayah..
Masa tu cik dayah just lalu je sebelah dia,, & tiba-tiba diri cik dayah  rasa macam nak senyum lebar je..hehe
& tak semena-mena terdetik kat hati ni.. “macam ni la ciri-ciri lelaki  idaman aku”
Hahaha.. tiba-tiba je rasa macam tu, padahal cik dayah tak kenal pun siapa lelaki tu, muka pun tak nampak, just nampak belakang dia je kot..hihi
Rasa selamat je bila lalu sebelah dia..* tetiba je..haha..*

Dia tak kurus or berisi sangat, biasa-biasa je.. & yang paling penting, cik dayah ni just tinggi bahu dia je kot! Tu yang rasa macam termasuk je dalam ciri-ciri lelaki idaman..heheh..



p/s = don't worry if you're still single..God is looking at you right now saying " i'm saving this girl for someone special " =)


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Tuesday, September 13, 2011

ish.. ish.. ish.. budak-budak sekarang..

assalamualaikum..
sebelum kelas start hari tu.. cik dayah ada la join rombongan cik kiah ke K.L
ada rumah terbuka, kalau tak silap..dekat kediaman menteri besar K.L.

dalam bas yang cik dayah naik tu.. ada la beberapa orang budak umur 3 or 4 tahun yang ikut sekali..
memang riuh la bas tu dengan suara diorang je..
dengan menyanyi lagu 'poie pokan' tu lagi.. memang lawak la.. haha..
biasala kalau naik bas.. mesti kita dapat tengok macam-macam jenis kereta yang ada kat jalan raya tu..

yang mantapnya.. diorang tahu je jenis kereta yang lalu kat sana..
"eh itu Lotus la.. Mers (Mercedes) la..*cakap Mers je.. bagus..bagus..*, Jaguar la.. BMW la.. * dorang panggil BM je kot.. * porsche la.." & macam-macam lagi la..

tapi yang peliknya, semua jenis kereta yang diorang sebut tu.. semua kereta-kereta import..
kereta Malaysia macam proton ke apa ke.. takde pulak diorang nak excited sebut,,
budak-budak sekarang ni, lagi maju daripada orang dewasa.. haha..
& kereta idaman diorang semuanya kereta yang canggih-canggih & mahal-mahal.. kelas gitu..hehe

cik dayah pun tak berapa nak dapat beza kereta Mers dengan BMW.. hahaha =P


About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers