Saturday, July 16, 2011

Indahnya Malam Nisfu Syaaban.. =)

assalamualaikum..

alhamdulillah.. hari ni bersamaan 16/7/2011 adalah malam nisfu syaaban..
nisfu tu maksudnya separuh atau setengah so nisfu syaaban ialah setengah daripada bulan syaaban itu sendiri.


ihsan pakcik google.. =)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - sumber www.ikim.gov.my-


maka segala amalan kita dalam bulan Syaaban adalah bermakna sebab telah dinyatakan bahawa yang bulan Syaaban ni sebagai bulan penghapus dosa...
dan Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar..


cik dayah ingat lagi ustazah cik dayah cakap dulu..
apabila bermulanya malam nisfu syaaban, buku amalan kita yang lama akan diangkat ke langit dan buku amalan yang baru pula akan dibuka..
catatan pertama dalam buku amalan baru akan bermula sebaik sahaja waktu maghrib..* dalam islam, hari yang baru akan mula dan tamat pada waktu maghrib..*
jadi sama-samalah kita memanfaatkan bulan syaaban ni dengan amalan-amalan yang baik., dan baiki niat dalam semua pekerjaan yang ingin kita lakukan..
jangan tunggu bulan Ramadhan baru nak buat baik itu ini... * semua bulan tu patutnya buat baik..hehe*

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). - sumber dakwah.org -
Rasulullah bersabda: barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka haram baginya. =)

About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com

2 comments:

kotak bulat said...

banyakkan amalan masa bulan syaaban.. berharga dan sayang kalau disia-siakan..

hidayah abu said...

betul tu cik KB.. tak cukup klau wat amalan dlm bln Ramadhan je.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

semakin tua..

Lilypie Kids Birthday tickers